Jalan-Jalan Cari Baju Raya (Arked Ramadan Terminal Bas Kuantan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setelah di sebelah petang aku merayap ke Bazar Ramadan Taman Tas maka di sebelah malamnya pula terniat di hati nak merayap ke Kuantan untuk mencari baju raya. Al maklum sahaja tahun ini merupakan tahun pertama aku tidak bertugas pada hari raya. Namun disebabkan tiada keretaku bawaku jalan-jalan maka aku telah keluar merayap bersama Asrin dengan niat mencari baju raya.


Sesampainya aku di arked ini, aku agak terkejut dengan pertambahan keluasan ruang perniagaan pada tahun ini. Jika dilihat tahun-tahun sebelumnya, ruang niaga yang ada tidaklah begitu besar namun pada tahun ini, ruangnya telah ditambah sehingga menghampiri jalanraya. Ini bermaksud ruang untuk meletakkan kenderaan semakin sedikit dan ini agak menyukarkan pembeli untuk meletakkan kenderaan mereka.


Sambil aku merayau, mata aku melilau mencari pakaian yang mungkin aku berkenan namun hampa dan kecewa. Mungkin disebabkan aku tidak keluar bersama isteri aku menyebabkan aku tak pandai memilih pakaian (sebelum ni baju raya dia yang pilihkan untuk aku). Maka akhirnya aku pergi kesana dengan tidak membeli apa-apa pakaian. Orang ramai yang datang menyesakkan keadaan dan membuatkan aku pening berada didalamnya kerana canopy yang dipasang bersambung-sambung dan ruang pengudaraan agak terhad menjadikan aku hampir lemas.


Tapi untuk warga Kuantan sudah semestinya arked ini menjadi pilihan kerana ianya menawarkan harga istimewa sempena ramadan yang datang cuma setahun sekali sahaja. Walaupun ada terdapat arked seperti ini di sekitar Kuantan namun disini adalah yang terbesar. Jom layan gambar yang aku ambil semasa disana.


Sampul duit raya yang kini semakin hangat dierkatakan. Sampul tidak melambangkan isi dalamnya.


Songkok dalam pelbagai pilihan warna dan jenis menanti pembeli


Permaidani raya dilelong dengan harga yang mampu dimiliki


Minyak wangi asli dijual dalam botol kecil


Senjata pun turut dijual? Ini replika sahaja.


Macam mana boleh terselit kedai makan disini?


Pelbagai jenis lampu dijual. Khas untuk mereka yang mungkin beraya dalam kegelapan ketika ketiadaan bekalan elektrik.


Pemilik kedai menyatakan trend selipar dan kasut raya pada tahun ini adalah berkonsepkan belang-belang. Betul atau tidak terserah kepada anda untuk menilai


Kopiah pun ada jika tidak memakai songkok


Pemilik Silica Creative Sdn Bhd, En Asrin sedang membelek-belek baju melayu untuk dibelikan kepada anak-anak saudaranya di hari raya nanti


Arked dilihat dari tepi jalan. Memang agak panjang


Apam balik dan burger pun terselit juga disini


Salah seorng pengunjung tersengih-sengih apabila dihalakan kamera kearahnya







Komen La Kalau Berani

Comments