Jalan-Jalan Cari Kedai Makan (Muadzam Shah)

assalamualaikum dan salam sejahtera


kalau korang tinggal di segamat dan ingin ke kuantan ataupun sebaliknya, korang akan lalu di Muadzam Shah. Tapi setiap kali korang berhenti di Petronas Muadzam Shah untuk mengisi minyak kenderaan, korang akan buntu sebab tak tau nak makan kat mana. Walaupun sepanjang jalan tersebut memang nampak deretan kedai makan namun dalam pemerhatian aku sepanjang berada disini, terdapat beberapa buah kedai makan yang berada dalam kategori terbaik di Muadzam Shah.

1)Sri Muadzam Ikan Bakar



Kedai ni memang kedai kegemaran aku sebab dia ada sediakan set untuk makanan dia so tak perlu nak fikir nak makan apa. Hanya beritahu set apa dan setiap set mempunyai nasi,lauk dan makanan sampingannya sendiri. Selain makanan yang biasa kita lihat di kedai makan, sate dan kerang bakar juga turut dijual. Apa yang menarik tentang kedai ni ialah air fresh orange dia memang pekat dan nasi yang dihidangkan juga banyak. so lepas ni kalau korang nak berhenti makan, aku syorkan kedai ni. Kedai ni terletak bersebelahan R&R Muadzam Shah dan kedai paling hujung di sebelah surau.

2) Jentayu Kopitiam



Muadzam ada kopitiam?biar betul. Itulah hakikatnya, Muadzam Shah dah ada kopitiam. Tapi sayang sebab kedudukannya agak tersorok namun ini memberikan kelebihan kepada kedai ini untuk lari dari kesibukan Highway Gambang Segamat yang memang tak pernah sunyi dari kenderaan lalu lalang. Kalau sebelum ni warga Muadzam Shah makan western food di Wawa Inn, kini mereka telah beralih arah ke Jentayu Kopitiam. Ini disebabkan western food disini adalah western food yang sebenar dan bukannya rekacipta sendiri seperti kedai-kedai yang lain di Muadzam Shah. Maksudnya bukan western food suka hati. 



Bab harga tu amat berpatutan dengan apa yang disediakan. Western food seperti Fish & Chip, Chicken Chop, Lamb Chop dan pelbagai lagi dapat dinikmati disini. Kopitiam yang berkonsepkan santai ini juga telah menarik perhatian pelajar-pelajar institusi pengajian berdekatan untuk menjadikan kedai ini tempat bersosial. Namun begitu, ketiadaan Wi-Fi menjadikan kedai ini kurang menarik bagi aku namun kalau bab makanan dia, memang terbaik! Kalau nak pergi ke kedai ni, korang perlu masuk simpang yang berada berhadapan Petronas dan terus melalui jalan tersebut sehingga sampai ke satu simpang tiga, belok kanan. Kedai ni di sebelah kiri anda.


















3) Cita Rasa Kita (CRK)



 Kalau korang dah penat melayan anak bermain di Taman Puspalipur lepas tu kebuluran, tempat terbaik untuk melepak dan mengisi perut diwaktu petang adalah di Cita Rasa Kita atau lebih dikenali dengan panggilan CRK. Terdapat lebih 10 gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan untuk memenuhi kehendak anda. Tapi dalam banyak=banyak gerai yang ada, paling best bagi aku adalah gerai no 6 & 7 dimana gerai no 6 menjual air manakala gerai no 7 menjual makanan. Apa yang membuatkan aku makan di gerai ni? Menu kegemaran aku ialah nasi goreng ayam dan air jagung ais. Air jagung dia memang pekat habis dan nasi ayam dia memang mantap.







Comments

  1. ui... boh la gambau skali... let the picture tells the story some.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. lusa la aku letak.aku lupa bawak kamera la tadi.tq 4 da comment

      Delete

Post a Comment