Thursday, May 31, 2012

software free untuk editing gambar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kali ini aku nak post pasal software editing untuk gambar.kebanyakan diantara kita memang menggunakan software power mower yang mahal dan berbayar. ada jugak yang tak mampu lalu menggunakan software mahal lalu membeli dvd software cetak rompak. so untuk mengelakkan korang semua guna benda yang salah disisi undang-undang, check la software yang aku listkan dibawah ni:

1) Paint.net


software ni aku guna memang cukup lama.lebih kurang dah 4 tahun.so far bila ditambah dengan extension dia,memang dah jadi ala2 Kedai Gambar pun ada (Photoshop la tu!).interface yang mudah dan ala2 professional membuatkan aku guna software ni agak lama.nak pakai photoshop tu susah sikit sebab masa tu pc sendiri tak ada so aku guna pc ofis la.ni la sedikit interface dia aku tunjuk untuk tatapan dan penilaian korang.

2) Picasa


software ni aku baru je guna sebab kemaruk dengan paint.net.lagipun masa dia mula-mula keluar,tak la sehebat paint.net ni.apa yang best pasal picasa ni ialah viewer dia sangat light (maklum la product google) dan bermacam-macam preset dah disediakan untuk korang senang nak edit.sangat sesuai untuk newbie.selain tu, dia kasi link terus dengan akaun Google+.

3) Photoscape


ni pun software yang aku agak gila dulu kala.tapi sekarang ni tak la.antaramuka yang simple dan mudah difahami serta tak susah nak guna.effect seperti vignette dan tilt shift memang dah ada dalam software ni.lagipun dia dah ada explorer kat sebelah kiri skrin semasa editing dijalankan untuk memudahkan urusan mencari gambar-gambar yang dikehendaki.



4) Microsoft Office Picture Manager


inilah software paling asas yang korang semua boleh jumpa dalam pc@laptop korang.tu pun kalau korang install Microsoft Office la.memang asas tahap dewa la.maut punya simple.tetapi dengan software ni la aku cari makan dulu-dulu.bayangkan edit gambar kahwin dengan software ni je.punya la sengkek.aduhai.apa-apa pun software ni adalah paling asas dalam editing.crop, hue, saturation, resize, rotate, red eye removal dan bermacam-macam lagi tool disediakan.

apa yang aku senaraikan tu adalah software yang ada dalam laptop aku ni.kalau korang ada cadangan dan tambahan, kongsilah dengan aku. ilmu tak rugi dikongsi dan semakin bertambah berbanding harta yang semakin merosot bila dikongsi.diharap apa yang aku kongsi ni berguna untuk korang.

2 comments:

  1. Acd See Pro.. terbaik.. bleh adjust.. white balance... incase terlupe buat white balance... adjust coloring.. within a few sec... sambil view hasil kerja anda (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas cadangan anda bro.namun begitu post ni khas untuk software editing yang free tanpa menggunakan crack@keygen. namun begitu terima kasih sekali lagi atas cadangan anda.insyaallah aku post software editing yang berbayar pulak lepas ni.

      Delete

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...