Jalan-Jalan Cari Pasar Malam (Muadzam Shah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Entri sebelum ni aku cerita tentang pasar malam Bandar Tun Abdul Razak pada hari Ahad, tapi hari ni hari Sabtu. So kalau Sabtu sudah diketahui oleh penduduk sekitar bahawa pasar malam atau pekan sehari terbesar di sini iaitu pekan sehari Muadzam Shah telah dibuka. Seawal jam 10 pagi orang ramai dah berpusu-pusu kesana.

Kalau dilihat dari kedudukan Muadzam Shah sebagai titik tengah antara Keratong, Bandar Dua, Bukit Ibam dan Rompin, maka amat sesuai diwujudkan pekan sehari ini. Kebanyakan peniaga yang berniaga disini juga kebanyakannya berasal dari kawasan sekitar ini juga. Jika anda meletak kenderaan di kawasan gelanggang tenis Muadzam Shah, anda akan melalui bahagian peniaga sementara iaitu peniaga yang bersilih ganti bertukar setiap minggu. kebiasaannya mereka menjual pakaian, hanwan peliharaan dan ubat-ubatan tradisional.

Susunan yang dibuat adalah mengikut sepanjang jalan dan juga berkelompok. terdapat beberapa bahagian yang telah diasingkan mengikut jenis barang jualan disini. Bahagian atas menjual barang basah seperti ikan, daging, ayam, sayur dan buah-buahan. Bahagian tengah menjual makanan siap masak dan minuman seperti keropok, pisang goreng, air, ayam goreng, dan seumpamanya. Bahagian bawah pula menjual pakaian baru dan terpakai.

Pekan sehari Muadzam Shah dibuka bermula jam 10 pagi dan ditutup pada jam 10 malam.  Dalam jangkamasa 12 jam ni korang dapat lihat pelbagai jenis manusia yang datang dari pelbagai tempat. tetapi menu biasa yang aku akan beli ialah nasi kerabu kosong bersama ayam goreng. Kemudian aku beli air tebu dan makan di Taman Ilham Muadzam Shah.
Pada pendapat aku, pekan sehari ni merupakan pasar malam terbaik jika dibandingkan dengan pasar malam yang berhampiran. Jika terasa rajin nak bangun pagi aku akan pergi diwaktu pagi. Kalau malas bangun pagi aku akan pergi diwaktu petang atau malam sahaja. Yang pastinya untuk lelaki-lelaki bujang, disinilah tempat mencari jodoh kerana para pelajar institusi pengajian berhampiran akan keluar beramai-ramai dengan berpakaian menarik. Maklumlah seminggu sekali je nak melaram pun.


peniaga sayur menunggu pembeli

kawasan atas dimana terdapat peniaga barangan basah

salah seorang peniaga kawasan tengah sedang membakar satay

seorang peniaga sayur sedang mangangkat bungkusan yang mengandungi sayur dari penimbang

salah seorang pengunjung yang sedang mendukung anak melalui kawasan peniaga sementara 

antara hasil laut yang boleh didapati disini

Comments