Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014 (Bazar Ramadhan Stadium Darul Makmur)

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014 (Bazar Ramadhan Stadium Darul Makmur)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Pada satu ketika dahulu saya juga merupakan seorang peniaga di bazar ini namun pada masa itu tapak bazar adalah bersebelahan padang MPK2. Pada tahun lepas bazar ini dipindahkan kerana Terminal Makmur ditukar menjadi UTC Kuantan dan Terminal Kuantan dibina di Indera Mahkota maka bazar ini ditukar ke Bukit Sekilau. Disebabkan kawasan Bukit Sekilau amat sukar untuk mendapat parking maka bazar ini dipindahkan semula ke kawasan Stadium Darul Makmur. Pada tahun ini bazar ini kembali ke Stadium Darul Makmur dengan tapak yang lebih luas dan kawasan parking yang banyak untuk pengujung. Jom layan gambar yang saya ambil di bazar ini.

Kambing golek yang hangat diperkatakan

Nasi lemak dengan pelbagai lauk menjadi pilihan

Pintu masuk Stadium Darul Makmur jelas kelihatan di sini.

Ayam tempayan. Bukan mulut tempayan tau.

Suasana bazar yang sesak walaupun hanya tinggal setengah jam lagi untuk berbuka puasa.

Nasi ayam boxing. Menjadikan anda peninju yang hebat!

Chicken chop RM5 yang hangat diperkatakan di facebook, kini di bazar ramadhan stadium.

Murtabak juara. Tiada tempat kedua. Hanya dari juara untuk juara.







Comments