Radio internet bapakku.fm

Assalamualaikum dan salam sejahtera


adakah korang semua pendengar radio?biasanya bila kita bercakap tentang radio, Era.fm, Hitz.fm, Hot.fm, dan segala macam radio yang kita boleh dengar melalui radio dirumah mahupun didalam kereta dan henset. namun tahukah korang akan kewujudan radio internet? kalau dedulu sebelum wujudnya streamyx ni susah nak dapat dengar radio internet ni walaupun di luar negara radio internet ni menjadi trend radio disana. whatever la.


namun selepas perkhidmatan jalur lebar mencanak-canak tumbuh di Malaysia, maka radio internet pun mula mencari tempatnya di sini. ada juga radio swasta yang menyediakan sistem streaming untuk radio mereka namun adalah lebih mudah untuk mendengar radio konvensional ini menggunakan radio biasa daripada streaming radio. 


adakah anda masih ingat dengan seorang dj yang dahulunya terkenal dengan alunan lagu-lagu XPDC menghiasi latar suaranya? antara dj pertama yang merakamkan album sendiri di malaysia. beliau ialah DJ Isma Halil Hamzah atau lebih dikenali dengan nama DJ Isma. untuk pengetahuan korang, beliau tidak menyepikan diri tetapi telah membangunkan radio internet beliau sendiri iaitu Bapakku.fm. tak pernah dengar ke? pada pendapat aku, genre radio ni memang best dan bercampu-campur. ada lagu lama, baru, atas tanah dan juga bawah tanah (underground).


walaupun namanya agak pelik, namun radio ini mempunyai golongan pendengarnya yang tersendiri. sehingga post ini ditulis, seramai 26775 pendengar telah 'like' page facebook bapakku.fm di http://www.facebook.com/bapakku.fm . aku kenal radio ni pun baru 6 bulan tapi selepas mendengar radion ni, aku jadi tak berapa nak layan dah radio biasa. kenapa agaknya?

  • radio yang sangat kurang iklan. iklan hanya slot radio mereka sendiri
  • lagu tak berhenti-henti.
  • azan dan tazkirah setiap kali masuk waktu solat
  • anda hanya akan dengar 3 perkara. Lagu, Suara DJ dan Suara orang telefon konti.
biar betul? inilah hakikatnya radio internet. keterangan lebih lanjut lawati laman facebook bapakku.fm atau website bapakku.fm di http://bapakku.fm/.aku sendiri dah dapat baju free februari lalu sebab hantar puisi. so try la dengar bapakku.fm sebab zaman sekarang semua henset dah canggih-canggih.


Comments