Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadan (Gugusan Keratong 7,8,9,10)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dalam perjalanan aku membeli bekalan barang untuk berniaga di Keratong 9, aku terserempak dengan sebuah bazar di sana. Pada mulanya aku sangkakan ianya sebuah pasar malam tetapi setahu aku pasar malam disana ialah pada hari Khamis. Maka tidak lain dan tidak bukan memang sah ianya bazar ramadan.


Aku ronda-ronda mencari kuih kegemaran aku -cucur badak- dan setelah membeli kuih, aku pusing-pusing didalam bazar tersebut. Tak besar sangat namun memadai untuk penduduk sekitar membeli juadah berbuka puasa. Jom layan gambar yang aku ambil semasa berada di bazar ramadan ini tadi.


Seorang peniaga air tebu menggunakan mesin pemerah tebu diatas lori. Tempat korang ada?


Antara air yang terdapat disini


Di gerai inilah aku membeli kuih cucur badak (walaupun tiada terdapat badak didalam kuih tersebut)


Murtabak RM3 sekeping. Termurah setakat ini


Lauk untuk berbuka. Lauk didalam bekas, bukan yang berdiri tu.


Suasana bazar yang agak sibuk sekitar jam 6 petang


Air jambu pun ada. Memang menyegarkan






Komen La Kalau Berani

Comments