Tuesday, July 17, 2012

Cara Memadam Fail Terkunci / Protected File (Corby 2/GT-S3850)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Henset zaman sekarang memang canggih tak terkejar yop. Tapi nak guna tu ada yang tak berapa nak reti. Kalau reti pulak tak berapa nak mampu. So pilihan terbaik untuk korang aku rasa henset yang aku pakai sekarang ni la. Samsung Corby 2 atau GT-S3850 merupakan henset termurah di pasaran yang ada skrin sentuh dan ada wifi. Harga terkini kalau di Segamat tu dalam RM 230 termasuk memori kad 4Gb. Nak apa lagi? 

Akan tetapi kepada pengguna Corby 2 yang juga dikenali dengan nama jolokan 'henset issue' mempunyai masalah yang tersendiri iaitu kita tak dapat nak buang fail yang terkunci/ Protected file. Selepas beberapa kali mencari dalam internet, akhirnya aku terjumpa jugak cara yang paling ringkas dan tak memeningkan kepala untuk dibuat. Kebanyakan tutorial yang aku dapat adalah berbahasa inggeris (Oh My English!!!) so aku kongsikan dengan korang cara nak memadamkan fail yang terkunci dalam Corby 2 ni.

1) Download BlueFTP di sini dan install kedalam henset korang.

2) Buka My Files

3) Buka fail yang korang nak padam. Dalam kes aku, aku nak padam alert tone. So bukak la Sounds>Alert tones

4) Salin semua nama alert tone tu ke dalam notepad

5) Copy mana-mana mp3 yang bersaiz kecik kedalam folder yang sama dengan fail yang korang nak padam. . Satu fail pun tak kisah, korang ulang je copy fail tu sehingga jumlahnya sama dengan jumlah mp3 alert tone yang korang nak padamkan.

6) Kalau keluar file name already in use, korang pilih save je. Semua fail tu aka diubah nama secara automatik.

7) Setelah cukup jumlah lagu yang korang copy tu, korang bukak BlueFTP. Bila keluar ayat BlueFTP may access read user data. Continue? korang pilih Allow, ask once untuk melancarkan kerja.

8) Bila dah masuk, terus pergi ke Tones>Alert tones dan korang akan dapat lihat lagu yang korang dah copy tadi.

9) Rename setiap fail mengikut nama asal ringtone yang korang dah salin kat notepad tadi. caranya pilih lagu, pilih menu dan pilih rename

10) Bila korang dah rename untuk fail pertama, dia akan keluar BlueFTP may access write user data. Continue? korang pilih Allow, ask once untuk memudahkan kerja. Teruskan rename setiap fail sehingga semua fail siap ditukar nama.

11) Keluar dari BlueFTP dan buka folder Alert tone. Pilih delete.

12) Tick select all dan tekan delete

13) Select all sekali lagi dan tekan delete





So fail yang tadi terkunci kini dah tak terkunci, ulang langkah 13,14 dan 15 dan hasilnya sudah tiada lagi alert tone! Korang boleh guna langkah ni untuk padamkan gambar yang terkunci dan juga mp3 yang terkunci. Selamat mencuba!!!




Komen La Kalau Berani

16 comments:

  1. x faham la...yg kita salin dlm notepad tu mcm mana lak boleh masuk dlm blueFTP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya salin dalam notepad untuk memudahkan saya rename fail dalam henset.setiap fail perlu ditaip sendiri di henset.saya guna notepad sebab saya nak buat print screen.kalau tulis kat kertas takut tak jelas sebab tulisan saya sangat cantik.sekian

      Delete
    2. okie..thanks..menjadi sesangat.. :)

      Delete
    3. notepad dlm corby ke? mne? x jmpe pon.

      Delete
    4. notepad dalam laptop...sebab tulisan sy berseni makan ditulis dalam notepad.senang nak printscreen.

      Delete
  2. Replies
    1. mungkin ada part yang tertinggal kot.cuba ikut step by step seperti yang ditunjukkan.

      Delete
  3. KENPA tak boleh nakdownload blueFTP ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.anda cuma perlu log masuk menggunakan facebook sebelum download blueFTP di 4shared

      Delete
  4. macam mana nak install kan dalam phone eyk blue ftp tuh??
    agak complicated skit lah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah saja.cuma download guna pc/laptop dan copy/bluetooth kedalam phone.install itu mudah.nak padamkan fail ni kena ikut step yang diberi takut x menjadi nanti

      Delete
  5. takk boleh pun. errrr!

    ReplyDelete
    Replies
    1. x boleh di part mana tu?sepatutnya ia akan jadi maksimum 19mb free space lepas buang semua ni

      Delete
  6. yeay , thanks aaa . hilang pun .

    ReplyDelete

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...