Cara Jual Barang di Internet (mudah)

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

Ada tak barang-barang yang korang terniat nak jual tapi bila nak jual kat kawan-kawan sendiri, semua cakap "ko nak jual, gi je kat mudah.com". Sebenarnya bukan mudah .com tetapi mudah.my. Sebab itulah korang cari tak jumpa-jumpa. So untuk korang, aku akan terangkan macam mana nak jual barang melalui mudah.my


1) mula-mula sekali, pergi ke laman web mudah di sini pastu pilih negeri korang duduk ataupun korang nak jual. dalam kes aku, aku pilih Pahang
2) klik kat Insert AD
3) isi borang tu.
4) bila dah puas hati dengan iklan korang, klik next.






5) korang akan lihat preview macam mana iklan korang akan keluar dalam mudah.my





6) kalau tak puas hati dan nak tukar apa-apa data dalam iklan tu, klik edit ad. kalau puas hati, masukkan kata kunci dan klik insert ad.




7) bila iklan korang dah diterima oleh mudah.my, korang akan jumpa page ni. so korang bukak la emel korang pulak.





8) korang akan dapat emel macam ni.so klik la link yang dia kasi tu untuk sahkan yang emel korang tu betul dan korang memang nak jual barang kat mudah.my




9) akhir sekali, bila dah keluar page macam ni, maka iklan korang akan dimasukkan ke mudah.my dalam masa 4 jam dan akan bertahan selama 60 hari didalam mudah.my.





Kenapa perlu menggunakan mudah.my?
  • dah nama pun mudah.memang nak masukkan iklan dia memang mudah
  • perkhidmatan mudah.my adalah percuma
  • iklan bertahan selama 60 hari.kalau nak lebih kena bayar la
  • mudah.my kini menjadi laman web jual barang paling popular di Malaysia. so iklan korang ada banyak peluang untuk dilihat dan peluang barang korang untuk terjual sangat tinggi.
  • tiada sistem transaksi online.semua urusan dan risiko adalah ditanggung sendiri.hanya urusan pengiklanan sahaja yang online.
  • tak terlalu serabut dengan iklan yang merepek-repek,banner-ad yang entah apa-apa dan seumpamanya.
diharap dengan penerangan aku ni maka korang tahu dan faham macam mana nak iklankan barang di internet.


Komen La Kalau Berani

Comments

  1. hehehehehehe!!!~ so.. the tips bg pembeli.. always cari penjual yang berdekatan dengan negeri anda... nampak barang baru bg nampak duit... jgn transfer duit sebelom nampak barang.. hmm..lebey kurang COD la lebey selamat.. tapi kalo korang bawak cash riban² better do the dealing kt tempat yg ramai orang and biarlah berteman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ bro atas tips berguna tu. Tidak dinafikan adalah berisiko untuk membeli barang melalui mudah.my walaupun prosedur pengiklanannya mudah sahaja. Kita tidak tahu sama ada pengiklan tu betul2 ada barang tu atau mungkin dia menggunakan barang orang lain sebagai gambar dan keadaan sebenar barang yang hendak dijual adalah sebaliknya. So cara terbaik ialah COD atau Cash On Delivery. Call pengiklan, jumpa, check condition barang, puas hati baru bayar.

      Delete
  2. Orang sekarang nk cari harga paling rendah sahaja ,jika harga murah orang tak pergi ke mudah dot my. banyak tempat lain ada promosi barang murah. Selalunya orang nk cari harga 50% dari harga baru bagi barangan secondhand. Pengalamn kawan saya bisnes di mudah,my.adalah memang sangat payah berniaga disitu ,cuma letih upload gambar dan layan mesej je,

    ReplyDelete
  3. Betul tu kena hati hati barangan copy dari China.Kalau boleh lihat dulu barang tu.Setuju dengan Anony,orang cari harga paling special saja,jika harga murah,kedai ditempat kita pun ada.3 bulan saya ke mudah my cari sesuatu barangan yang saya sangat kehendaki tapi harga sangat mahal dari kedai diluar sana.Kalau tak caya cuba mesej kepada penjual disana,mesti barang yg mereka iklan itu tak jual lagi.
    Sy nasehatkan kpada sesiapa nk beri barang di mudah my fikir masak masak dan jika boleh ambil 1 minggu untuk fikir samada nak beli atau tak.
    Jika nak beli juga,minta no ic penjual tu dan semak dilaman SPR supaya kita tahu dia tinggal dimana.

    ReplyDelete
  4. Thanks for sharing...try SuperStore.com.my (Post free ads in Malaysia)

    ReplyDelete
  5. Bro,,tak leh klik pun nk msuk kn gmbr..puas cube dh..still tak leh..button tuk tekan msuk kn gmbr tu tak leh nk tekan

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba guna chrome atau mozilla firefox dan update adobe flash anda. mungkin browser bermasalah sebab saya dah cuba dan ianya ok.

      Delete
  6. Saye dah try buat tp tak de plak kena bkk acc google blk..lps isi semua tu...dia tros hntr yg last tu...cam ne ek...dah terima la tu ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia akan beritahu yang iklan anda akan dimasukkan kedalam mudah.my dalam masa 4 jam. selepas 4 jam anda boleh lihat iklan anda disana. tq

      Delete

Post a Comment