Monday, June 4, 2012

Cara Convert Video Menggunakan AVC

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Pemain DVD zaman sekarang tidak lagi macam zaman dulu, semata-mata boleh memainkan DVD sahaja. Harganya juga kini lebih murah berbanding dulu. Paling penting, siap ada yang boleh mainkan video dari pendrive je. Canggih bukan?


Tapi andainya korang download cerita dari Youtube atau dari sumber apa sekalipun dan berniat nak mainkan video tu kat tv korang, korang kena la convert dulu ke format video yang lain. Jika diperhatikan dengan teliti, semasa korang beli pemain DVD tu, korang boleh nampak ada satu lambang yang bertulis DIVX macam di sebelah ni. itu bermaksud video yang boleh dimainkan melalui pemain tersebut selain format DVD ialah format DIVX ataupun file extension .avi (Audio Video Interleave).

So untuk korang, aku akan tunjukkan cara nak convert video dari apa-apa format video digital kepada format DIVX menggunakan Any Video Converter atau singkatannya AVC. Kenapa nak guna AVC? Pertama, ianya percuma. Kedua, ia tidak meletakkan watermark keatas video yang telah diconvert. Ketiga, ia pantas dan terakhir sekali, ia mampu convert hampir semua jenis sumber video dan output video kepada pelbagai jenis video lain. ini adalah langkah-langkah yang perlu korang buat kalau nak convert video menggunakan AVC.





1) Muat turun AVC di http://www.any-video-converter.com/download-avc-free.php (23.8 mb) dan install.




2) Setelah dah siap install, buka aplikasi AVC dan klik pada Add Video Files.




3) Browse dan pilih video yang korang nak convert dan klik Open.









4) Klik pada Output Profile dan pilih Customized AVI Movie (*.avi)


5) Pada ruangan Video Options, pilih Frame Size=Original, Frame Rate=Auto








6) Klik Convert Now!










Setelah siap convert, AVC akan membuka folder dimana hasil convert korang tu disimpan. Kebiasaannya akan disimpan di My Documents>Any Video Converter>AVI. Namun begitu, korang juga boleh mengubah kedudukan output folder di File>Set Output Folder.


Korang copy video yang dah siap convert tu kedalam pendrive dan cucuk dalam pemain DVD korang dan tontonilah vdeo tersebut di set televisyen korang. Selain convert satu format video ke format video lain, AVC juga boleh convert video ke format audio sahaja. Ini berguna untuk korang nak dapatkan audio sahaja daripada sesebuah video contohnya video klip lagu. Caranya pada Output Profile, korang pilih format audio MP3 didalam Common Audio Formats. Langah-langkah lain adalah sama seperti diatas.





Komen La Kalau Berani

4 comments:

  1. gambar x sharp la bro...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Video asal mestilah sharp sebelum convert dan pilih bitrate video paling tinggi untuk sharpness yang terbaik

      Delete
  2. salam...apa aplikasi utk convert video yutube ke pendrive dan boleh main kat tv atau mp3..tapi nak download aplikasi tu kat android..tefon samsung saya...boleh x?tq...hrp dpt membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Caranya mudah. Paste url yang nak download tu ke www.keepvid.com dan pilih format yang diinginkan. Harap dapat membantu

      Delete

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...