Monday, June 30, 2014

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014 (Bazar Ramadhan Bukit Ibam)

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014
Bazar Ramadhan Bukit Ibam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadhan sedang dilalui dengan kehangatan Piala Dunia serta kehangatan cuaca yang tak menentu tidak menghalang penduduk di Bukit Ibam pergi ke bazar ramadhan yang mungkin paling kecil yang pernah anda lihat. Walaupun kecil, ianya menyediakan pelbagai pilihan makanan dan kuih muih untuk penduduk setempat dan paling penting kepada penghuni Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Asrama Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam, TUDM Bukit Ibam dan EAP Resort Bukit Ibam.

Dengan jumlah gerai yang tidak sampai 10, ianya masih lagi menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk penduduk sekitar. Cakap banyak pun tak guna, tembak pun tak kena, jom tengok gambar bazar ini pula.

Gerai menjual bihun sup dan di sebelahnya menjual air tebu. Belum pukul 5 petang air tebunya sudah habis terjual.

Bilangan gerai yang boleh dibilang dengan jari namun pilihan juadahnya boleh tahan.

Salah seorang peniaga di bazar ini sedang menghilangkan stress melayan pelanggan yang ramai.

Pelbagai kuih muih tersedia untuk pelanggan.

Bukan setakat menjual makanan, di bazar ini juga ada menjual CD cetak rompak.





Sunday, June 29, 2014

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan ( Bazar Ramadhan Muadzam Shah )

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014 ( Bazar Ramadhan Muadzam Shah )


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Ramadhan telah menemui kita semula setelah setahun meninggalkan kita. Kali ini kita menerjah Bazar Ramadhan Muadzam Shah yang telah diubah dari hadapan MRSM Muadzam ke hadapan Jentayu Kopitiam. Jadi apa istimewa bazar ramadhan ini?


Bazar ini diadakan berhadapan dengan Jentayu Kopitiam, Tong Villion Hotel dan pelbagai lagi kedai-kedai utama di Muadzam Shah. Penduduk sekitar seperti Bukit Ibam, Gugusan Keratong, Perantau Damai, Bandar Dua dan sebagainya juga datang ke bazar ini kerana ianya banyak pilihan dan paling besar di kawasan ini. 


Sembang banyak pun tak guna, jom tengok-tengok gambar bazar ramadhan Muadzam Shah 2014.


Brader jual nasi berlauk. Macam kenal je.

Cikgu Fahmi pun berniaga juga? Beliau hanya pelanggan. Jangan salah faham.

Tekun peniaga roti john yang khabarnya membawa resepi rahsia turun temurun.

Punya la ramai sampai Muadzam Shah yang tak pernah jem jalannya boleh jadi jem setiap petang.

Brader cendol ni pun berniaga di bazar ni. Cendol termasyhur di Muadzam Shah.

Padat sendat orang ramai memenuhi segenap ruang di Bazar Ramadhan ini.






Sunday, June 22, 2014

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 / 1435H (Mengikut Zon Negeri) (Paling Lengkap)

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 / 1435H

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 / 1435H. Memandangkan Ramadhan akan menjelang tiba, aku nak kongsi sikit info pasal waktu imsak dan berbuka bagi semua daerah-daerah di Malaysia. Selamat menunaikan rukun Islam Ketiga!!! Anda klik dan terus boleh download jadual berbuka dan imsak di negeri dan zon pilihan anda.


Melaka
Seluruh Negeri Melaka




Johor
Zon 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
Zon 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan
Zon 3-Daerah Pontian Dan Kluang
Zon 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor


Negeri Sembilan
Zon 1-Jempol Dan Tampin
Zon 2- Seremban,Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah Dan Jelebu


Selangor
Zon 1-Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat Dan Sepang
Zon 2-Daerah Klang, Kuala Langat,Kuala Selangor Dan Sabak Bernam


Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya
Labuan


Perak
Zon 1- Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
Zon 2- Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput Dan Kuala Kangsar
Zon 3- Pengkalan Hulu, Grik Dan Lenggong
Zon 4- Temengor Dan Belum
Zon 5- Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan Dan Pulau Pangkor
Zon 6- Selama, Taiping, Bagan Serai Dan Parit Buntar
Zon 7- Bukit Larut


Kedah
Zon 1 : Daerah Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena
Zon 2 : Daerah Pendang, Kuala Muda dan Yan
Zon 3 : Daerah PadangTerap dan Sik
Zon 4 : Daerah Baling
Zon 5 : Daerah Kulim dan Bandar Baharu
Zon 6 : Daerah Langkawi
Zon 7 : Puncak Gunung Jerai


Pulau Pinang
Seluruh Pulau Pinang


Perlis
Seluruh Negeri Perlis


Kelantan
Zon 1-Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh,Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai Dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
Zon 2-Jajahan Jeli Dan Gua Musang Termasuk Daerah Galas Dan Bertam


Terengganu
Zon 1- Kuala Terengganu Dan Marang
Zon 2- Besut Dan Setiu
Zon 3- Hulu Terengganu
Zon 4- Kemaman Dan Dungun


Pahang
Zon 1-Pulau Tioman
Zon 2-Kuantan, Pekan, Rompin Dan Muadzam Shah
Zon 3-Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut Dan Bera
Zon 4-Raub, Bentong Dan Lipis
Zon 5-Genting Sempah, Janda Baik Dan Bukit Tinggi
Zon 6-Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland


Sarawak
Zon 1-Limbang, Sundar, Trusan Dan Lawas
Zon 2-Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Dan Marudi
Zon 3-Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh Dan Bintulu
Zon 4-Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu,Kanowit, Kapit Dan Song
Zon 5-, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor Dan Rajang
Zon 6-Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban Dan Debak
Zon 7-Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau Dan Meludam
Zon 8-Kuching, Lundu, Bau Dan Sematan
ZON KHAS- Kg Ulu Merapok, Kg Sungai Merapok, Kg Manchu, Kg Bukit Puan, Kg Tanah Sibagol, Kg Undop, Kg Sasa, Kg Bukit Manang, Kg Merambai, Kg Limpaki, Merapok, Kg Bangkatan, Kg Ladang Lalang, Kg Lempaki Tengah, Kg Lempaki Asal, Kg Languban dan Kg Patarikan


Sabah
Zon 1-Bahagian Sandakan (Timur),Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan,Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam.
Zon 2-Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah
Zon 3-Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Lahad Datu Dan Kuna
Zon 4-Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan
Zon 5-(Bahagian Kudat) Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat
Zon 6-Gunung Kinabalu ( Ketinggian 4,101 M)
Zon 7-(Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar
Zon 8- Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, Dan Keningau
Zon 9-Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang

Untuk download Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak 2014 / 1435H secara full klik Sini


Komen La Kalau Berani

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...