Thursday, May 22, 2014

Cara Melajukan Pergerakan (Teknik Time Lapse)

Cara Melajukan Pergerakan (Teknik Time Lapse)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pernahkah anda melihat video yang menunjukkan awan sedang bergerak laju? Ataupun perjalanan menaiki kenderaan yang bergerak terlalu laju? Itu sebenarnya merupakan teknik time lapse ataupun dalam bahasa mudahnya sela masa.

Pada asasnya, teknik ini menggabungkan beberapa keping gambar dan disatukan menjadi video. Dalam format video PAL, kelajuan frame sesaat ialah 25fps (frame per second). Ini bermaksud untuk menghasilkan sesaat video time lapse, anda perlu mengambil 25 keping gambar. Kalau anda ingin membuat video sepanjang seminit? Lagi banyak la gambar yang perlu ditangkap.

Secara kebiasaannya, teknik ini dihasilkan menggunakan DSLR. Namun begitu, saya akan berkongsi dengan anda cara membuat video time lapse hanya menggunakan telefon anda. 

1- Pergi ke Appstore dan download Daylapse.

2- Setelah anda buka aplikasi Daylapse, tap pada setting (lambang gear)

3- Pada duration of your final video in minutes, anda boleh tetapkan video anda sepanjang mana yang anda mahu. Sebagai contoh seperti di dalam gambar, saya membuat video berdurasi 20 saat.

4- Pada delay between each photo in seconds, anda perlu tentukan berapa keping gambar akan diambil dalam masa sesaat. Untuk mengambil gambar perjalanan menaiki kenderaan, 0.25fps adalah sesuai supaya ianya tidak nampak terlalu laju. Untuk mengambil gambar awan bergerak, 1fps adalah terbaik sekiranya awan sedang bergerak laju.

5- Dalam ruangan photos to take akan memberitahu anda berapa keping gambar yang akan diambil. Time needed pula akan tercatat masa yang akan diambil untuk menangkap kesemua gambar yang diperlukan bagi menghasilkan video tersebut.

Setelah selesai membuat setting, anda kini hanya perlu letakkan telefon anda di tempat yang stabil dan boleh mulakan rakaman dengan tap record.

Anda boleh lihat contoh video yang saya telah hasilkan di http://youtu.be/D4NUSFXCVfE


video

Jangan lupa like fanpage saya dan share post ini sekiranya berguna kepada anda!






Wednesday, May 14, 2014

Cara Update Status Facebook Via iOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada pengguna iPhone yang telah update dari ios6 ke ios7 ataupun iPhone anda memang telah dilengkapi dengan ios7, anda akan dapati ketika anda update status facebook menggunakan apps facebook, status anda tidak lagi tertulis 'via iOS' tetapi hanya tertulis via mobile. Bak kata pepatah, tak guna pakai iPhone kalau status tak via iOS. Maka di sini saya akan kongsikan cara mudah untuk mendapatkan via iOS kebanggaan pengguna iPhone itu (termasuk la penulis)

1. Download iPost 7 Free di AppStore.

2. Buka aplikasi tersebut.

3. Tap pada Post To Facebook.

4. Taip status anda dan kemudian tap post.

Setelah beberapa ketika akan kedengaran bunyi nada dari iPhone anda maka status update anda telah berjaya. Anda boleh lihat status anda di wall facebook anda tidak lagi tertulis via mobile dan ianya akan tertulis via iOS. Selamat mengupdate status!

*kelemahan menggunakan aplikasi ini adalah anda tidak boleh tag rakan-rakan anda di status anda. Anda perlu tag rakan anda pada ruangan komen selepas anda update status anda di facebook.




Sunday, May 11, 2014

Cara Download Banyak Video Sekaligus Di Youtube

Cara Download Banyak Video Sekaligus Di Youtube

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya akan berkongsi cara untuk download banyak video sekaligus daripada youtube. Cara ini amat berguna kepada mereka yang ingin download cerita bersiri, video lagu karaoke ataupun video yang ada didalam playlist Youtube. Jom tengok macam mana caranya.




1. Download Any Video Converter Free. Download link di sini


2. Selepas download dan install, anda buka Any Video Converter Free itu dan klik Option (Lambang Gear) dan klik Online Video dan kemudian tick pada use HTML title as output file name.


3. Anda buka mana-mana browser dan buka youtube. Kemudian buka playlist yang anda ingin download. Drag ke tepi skrin dan ianya akn menjadi separuh saiz skrin. Zoom out sehingga anda nampak keseluruhan playlist yoytube anda. Untuk download, anda hanya perlu drag sahaja lagu yang anda inginkan kedalam ruang kosong didalam Any Video Converter Free.


4. Untuk video yang anda sedang download, ianya akan tertulis peratus download yang sedang berjalan. Manakala untuk video yang baru saja di drag masuk, ianya akan tertulis analyzing. Kini anda hanya perlu menunggu sehingga download siap dan anda boleh drag seberapa banyak video yang anda mahukan.

Kini anda boleh donwload banyak video sekaligus dengan menggunakan software ini. jangan lupa like fanpage saya untuk mendapatkan update terkini.

Tuesday, May 6, 2014

Cara Membuat / Mencipta Check In Sendiri Di Facebook

Cara Membuat Check In Sendiri Di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara membuat / mencipta check in sendiri di Facebook. Tentu anda pernah lihat wall facebok rakan-rakan anda yang secara tiba-tiba dan tak kena, check in di tempat yang tak sepatutnya seperti di atas katil, di depan tv ataupun di dalam tandas. Tetapi bagaimana mereka melakukannya? Jika ditanya kepada mereka kadangkala ada yang tak mahu mengajarnya. Jadi saya akan kongsikan kepada anda cara membuat check in sendiri di facebook.

1. Buka aplikasi facebook anda dan tap pada write post.


2. Pada ruangan ini anda tap pada logo check in.

3. Dalam ruangan search places anda boleh taip apa sahaja tempat yang anda ingin cipta check in tersebut. Contohnya saya ingin mencipta check in di Hutan Banat Tempat Jin Bertendang.

4. Setelah menaip tempat yang anda ingin membuat check in tersebut, akan ada satu pilihan dibawah sekali iaitu Add ( tempat yang anda taip tadi ). Pilih Add ... tersebut.

5. Anda akan dibawa ke satu muka lain iaitu Add A Place dimana anda boleh mengisi ruangan yang disediakan seperti nama, kategori, gambar, nombor telefon, laman web, alamat, dan bandar terdekat pada tempat check in anda.

6. Setelah selesai mengisi detail yang diperlukan, anda tap Add. 

7. Kini anda boleh mula check in menggunakan tempat yang baru anda reka. Selamat mencheck in!

*kalau nak mencipta check in tu jangan la melampau sangat sampai merepek tahap belacan bakar cicah madu. Gunakan ia dengan berhemah.








Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...