Sunday, July 20, 2014

Telegram LLC Untuk iOS dan Android

Telegram LLC Untuk iOS dan Android

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terdapat banyak jaringan sosial untuk berhubung. Whatsapp merupakan yang paling terkenal dan selain itu terdapat WeChat, KakaoTalk, BeeTalk, Line, dan pelbagai lagi. Namun begitu, saya ingin memperkenalkan kepada anda satu chat apps yang sangat bagus iaitu Telegram.

Kenapa Telegram? Jom check kenapa saya sangat suka guna telegram.
1- Ringan dan tak lag
2- Terdapat dalam platform iOS dan Android
3- Terdapat Self Destruct Message (Salah satu option dalam Secret Chat)
4- Terdapat Telegram PC Version dan Mac Version
5- Boleh digunakan sebagai online storage dan cloud storage
6- Group Chat yang mampu menampung sehingga 200 user
7- Sesiapa sahaja ahli boleh add/remove user dan bukan bergantung kepada seorang admin sahaja.

Install Dan Register (Handphone)

Sebenarnya Android pun lebih kurang je cara dia tapi disebabkan saya guna iPhone kena la guna contoh iOS.

1. Pergi ke Appstore/Playstore dan taip Telegram dalam ruang search app dan download app tersebut

2. Tap pada ikon Telegram selepas selesai download dan install kedalam henset anda.

3. Tap pada Start Messaging

4. Masukkan no telefon anda. Anda boleh masukkan mana-mana nombor telefon walaupun bukan nombor pada telefon yang anda gunakan untuk Telegram ini.

5. Selepas anda menerima kod 5 digit di nombor telefon yang anda masukkan tadi, anda isi ruang tersebut dengan nombor 5 digit tadi.

6. Selesai sudah. Selamat datang ke Telegram!



















Install PC/Mac Version

PC Version download di SINI

Mac Version download di SINI














Cara Buat Group (Sehingga 200 User Satu Group!)

1. Tap pada New Chat

2. Tap pada New Group

3. Pilih seberapa banyak orang yang anda ingin masukkan kedalam group anda (Maksimum 200 orang satu group) dan tap Next

4. Taipkan nama group yang anda cipta dan tap Create

5. Inilah layout group yang akan anda dapat





















Cara membuat Self Destruct Message/Secret Chat

1. Tap Contacts dan tap New Secret Chat

2. Pilih sesiapa sahaja yang anda ingin hantarkan mesej. Selepas cukup masa, mesej itu akan hilang dari history dan anda takkan dapat trace semula history mesej tersebut.


















Cara Membuat Online Storage/Cloud Drive Menggunakan Telegram

1. Create Group dengan masukkan salah seorang rakan anda.

2. Setelah group dibuat, tap pada logo group.

3. Tap pada Edit dan Reject rakan anda

4. Sekarang anda telah mempunyai online storage anda sendiri. Ini kerana Telegram menyimpan semua gambar anda. Jika anda ingin transfer gambar atau video dari PC ke henset atau dari henset ke PC



















Selesai sudah tutorial. Maka dengan ini marilah kita guna Telegram. Ianya percuma dan mudah digunakan. Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...