Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014 (Bazar Ramadhan Indera Mahkota)

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014 (Bazar Ramadhan Indera Mahkota)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kalau anda ke Kuantan melalui Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dan keluar melalui Exit Kuantan, maka anda akan menempuh satu kawasan yang sedang membangun di pinggir bandar Kuantan iaitu Indera Mahkota. Apa yang menarik di kawasan ini ialah pusat pentadbiran kini telah dipindahkan ke sini dan terdapat pelbagai IPTA dan IPTS di kawasan ini termasuk Kolej Shahputra, Universiti Islam Antarabangsa, dan seumpamanya. Bazar Ramadhan Indera Mahkota terletak di sepanjang jalan utama ke Kuantan. Ianya berhampiran stesyen minyak Shell dan McDonald Indera Mahkota.

Kambing golek menanti peminat tegar daging kambing dikala puasa.

Murtabak power sebelah kambing golek

Nasi ayam dan nasi tomato pun ada dijual disini

Pelbagai jenis kuih di bazar ini

Kepak ayam bakar madu

Pelbagai pilihan lauk pauk dijual disini

Segala jenis bubur ada. Pilih dan bayar saja.

Nampak macam sedap je lauk ni

Nasi kerabu dan nasi tomato

Bertong tong air disediakan untuk pengunjung bazar ini










Comments