Cara Mudah Memanaskan Makanan

Cara Mudah Memanaskan Makanan

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sepanjang kita berada dalam bulan Ramadhan kebiasaannya kita akan membeli 2 set makanan di bazar. Satu untuk berbuka dan satu lagi untuk bersahur. Akan tetapi apabila tiba waktu bersahur kita seolah-olah tidah berselera untuk makan kerana makanan itu telah menjadi sejuk. Jadi saya akan kongsikan bersama anda semua cara mudah memanaskan lauk. Dalam cara kali ini saya menjadikan contoh nasi beriani kambing yang saya beli di Bazar Ramadhan Stadium Darul Makmur sebagai rujukan.

1. Ambil periuk bersaiz kecil, isikan dengan air dan panaskan.

2. Buka plastik lauk dan letakkan terus ke dalam periuk. Kecilkan api supaya plastik tidak mengecut atau terbakar.

3. Isikan nasi kedalam penapis besi. Jangan guna penapis plastik, nanti cair pulak.

4. Letakkan penapis tersebut di atas periuk. Pastikan paras air tidak terlalu banyak hingga mencecah penapis kerana ia akan menyebabkan nasi menjadi basah.

5. Setelah 3 minit angkat nasi dan lauk. Hidangkan dan makan!

# jangan lupa baca niat berpuasa. Selamat berpuasa.




Comments