Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan ( Bazar Ramadhan Muadzam Shah )

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014 ( Bazar Ramadhan Muadzam Shah )


Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Ramadhan telah menemui kita semula setelah setahun meninggalkan kita. Kali ini kita menerjah Bazar Ramadhan Muadzam Shah yang telah diubah dari hadapan MRSM Muadzam ke hadapan Jentayu Kopitiam. Jadi apa istimewa bazar ramadhan ini?


Bazar ini diadakan berhadapan dengan Jentayu Kopitiam, Tong Villion Hotel dan pelbagai lagi kedai-kedai utama di Muadzam Shah. Penduduk sekitar seperti Bukit Ibam, Gugusan Keratong, Perantau Damai, Bandar Dua dan sebagainya juga datang ke bazar ini kerana ianya banyak pilihan dan paling besar di kawasan ini. 


Sembang banyak pun tak guna, jom tengok-tengok gambar bazar ramadhan Muadzam Shah 2014.


Brader jual nasi berlauk. Macam kenal je.

Cikgu Fahmi pun berniaga juga? Beliau hanya pelanggan. Jangan salah faham.

Tekun peniaga roti john yang khabarnya membawa resepi rahsia turun temurun.

Punya la ramai sampai Muadzam Shah yang tak pernah jem jalannya boleh jadi jem setiap petang.

Brader cendol ni pun berniaga di bazar ni. Cendol termasyhur di Muadzam Shah.

Padat sendat orang ramai memenuhi segenap ruang di Bazar Ramadhan ini.






Comments

  1. Nanti aku buat aerial video dan photoshoot area bazaar ramadhan ni....

    ReplyDelete

Post a Comment