Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014 (Bazar Ramadhan Bukit Ibam)

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadhan 2014
Bazar Ramadhan Bukit Ibam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramadhan sedang dilalui dengan kehangatan Piala Dunia serta kehangatan cuaca yang tak menentu tidak menghalang penduduk di Bukit Ibam pergi ke bazar ramadhan yang mungkin paling kecil yang pernah anda lihat. Walaupun kecil, ianya menyediakan pelbagai pilihan makanan dan kuih muih untuk penduduk setempat dan paling penting kepada penghuni Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Asrama Sekolah Kebangsaan Bukit Ibam, TUDM Bukit Ibam dan EAP Resort Bukit Ibam.

Dengan jumlah gerai yang tidak sampai 10, ianya masih lagi menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk penduduk sekitar. Cakap banyak pun tak guna, tembak pun tak kena, jom tengok gambar bazar ini pula.

Gerai menjual bihun sup dan di sebelahnya menjual air tebu. Belum pukul 5 petang air tebunya sudah habis terjual.

Bilangan gerai yang boleh dibilang dengan jari namun pilihan juadahnya boleh tahan.

Salah seorang peniaga di bazar ini sedang menghilangkan stress melayan pelanggan yang ramai.

Pelbagai kuih muih tersedia untuk pelanggan.

Bukan setakat menjual makanan, di bazar ini juga ada menjual CD cetak rompak.





Comments