Cara Update Status Facebook Via iOS

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada pengguna iPhone yang telah update dari ios6 ke ios7 ataupun iPhone anda memang telah dilengkapi dengan ios7, anda akan dapati ketika anda update status facebook menggunakan apps facebook, status anda tidak lagi tertulis 'via iOS' tetapi hanya tertulis via mobile. Bak kata pepatah, tak guna pakai iPhone kalau status tak via iOS. Maka di sini saya akan kongsikan cara mudah untuk mendapatkan via iOS kebanggaan pengguna iPhone itu (termasuk la penulis)

1. Download iPost 7 Free di AppStore.

2. Buka aplikasi tersebut.

3. Tap pada Post To Facebook.

4. Taip status anda dan kemudian tap post.

Setelah beberapa ketika akan kedengaran bunyi nada dari iPhone anda maka status update anda telah berjaya. Anda boleh lihat status anda di wall facebook anda tidak lagi tertulis via mobile dan ianya akan tertulis via iOS. Selamat mengupdate status!

*kelemahan menggunakan aplikasi ini adalah anda tidak boleh tag rakan-rakan anda di status anda. Anda perlu tag rakan anda pada ruangan komen selepas anda update status anda di facebook.




Comments