Cara Membuat / Mencipta Check In Sendiri Di Facebook

Cara Membuat Check In Sendiri Di Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ini saya akan berkongsi dengan anda semua cara membuat / mencipta check in sendiri di Facebook. Tentu anda pernah lihat wall facebok rakan-rakan anda yang secara tiba-tiba dan tak kena, check in di tempat yang tak sepatutnya seperti di atas katil, di depan tv ataupun di dalam tandas. Tetapi bagaimana mereka melakukannya? Jika ditanya kepada mereka kadangkala ada yang tak mahu mengajarnya. Jadi saya akan kongsikan kepada anda cara membuat check in sendiri di facebook.

1. Buka aplikasi facebook anda dan tap pada write post.


2. Pada ruangan ini anda tap pada logo check in.

3. Dalam ruangan search places anda boleh taip apa sahaja tempat yang anda ingin cipta check in tersebut. Contohnya saya ingin mencipta check in di Hutan Banat Tempat Jin Bertendang.

4. Setelah menaip tempat yang anda ingin membuat check in tersebut, akan ada satu pilihan dibawah sekali iaitu Add ( tempat yang anda taip tadi ). Pilih Add ... tersebut.

5. Anda akan dibawa ke satu muka lain iaitu Add A Place dimana anda boleh mengisi ruangan yang disediakan seperti nama, kategori, gambar, nombor telefon, laman web, alamat, dan bandar terdekat pada tempat check in anda.

6. Setelah selesai mengisi detail yang diperlukan, anda tap Add. 

7. Kini anda boleh mula check in menggunakan tempat yang baru anda reka. Selamat mencheck in!

*kalau nak mencipta check in tu jangan la melampau sangat sampai merepek tahap belacan bakar cicah madu. Gunakan ia dengan berhemah.








Comments