Jalan-Jalan Cari Makan Muadzam Shah (Shah Char Kuey Tieow)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat tahun baru 2013 kepada semua pembaca blog saya yang tak seberapa ini. setelah lama menyepi maka ini merupakan post untuk pembukaan 2013 dan diharap semua mendapat ilmu dan perkongsian yang berguna melalui blog saya.

Setelah hampir 3 tahun menetap di kawasan Muadzam Shah barulah saya tahu yang di Muadzam Shah sendiri mempunyai gerai menjual char kuey teow. Sekurang-kurangnya dapat mengubat rindu kepada masakan paling terkenal kawasan utara tanah air ini.

Gerai ini terletak di kawasan parking lori di sebelah Petronas Muadzam Shah. Jika anda dari Kuantan menuju ke arah selatan melalui jalan Gambang-Segamat maka anda tentu akan terserempak dengan gerai ini. Kebanyakan pemandu lori yang berhenti rehat di kawasan ini akan makan disini disebabkan rasa Char kuey teownya yang sedap dan air yang pekat ( tak kedekut bahan ) membuatkan mereka akan berulang kali datang kesini.

Berkenaan harga makanan disini amat berpatutan. Jika anda ingin mengubat rindu kepada char kuey teow, datanglah kesini dan anda akan terlupa bahawa anda sebenarnya berada di Muadzam Shah.

Shah sedang memasak char kuey teow

Char Kuey Teow yang sudah siap untuk dinikmati

Pekat sungguh air minuman disini

Suasana di gerai Shah Char Kuey Teow



Komen La Kalau Berani

Comments