Wednesday, November 28, 2012

Cara Menaikkan Pembaca/Viewer Blog Secara Percuma (GilaPing.com)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sebagai seorang blogger, semestinya anda mahukan blog anda dibaca oleh ramai orang dan sekiranya anda menggunakan blog untuk berniaga, peningkatan pembaca blog anda menandakan bisnes anda akan meningkat tidak lama lagi. Akan tetapi bagaimana caranya untuk menaikkan jumlah pembaca/viewer blog anda secara percuma dan mudah? Salah satu cara terbaik adalah dengan menggunakan perkhidmatan sebuah website buatan Malaysia iaitu GilaPing.com. Berikut adalah caranya:



1. Buka website GilaPing di http://gilaping.com dan klik di ruangan Login menggunakan Facebook

2. Klik Login using Facebook

3. Masukkan emel dan kata laluan Facebook anda

4. Apabila dah masuk, klik Widget kongsi trafik

5. Copy kod widget tak kisah sama ada mini, menegak atau melintang

6. Buka akaun blogger anda, klik pada Layout dan klik Add a Gadget dan seterusnya klik lambang [+] pada HTML/Javascript

7. Paste skrip widget tadi kedalam ruangan Content dan klik save

8. Pergi semula ke website GilaPing dan pergi ke ruangan paling bawah dan copy skrip GilaPing referrer widget. Ulang langkah 5 hingga 7

9. Buka website GilaPing dan klik pada Post Baru

10. Korang akan dapat ruangan seperti ini

11. Pergi ke post blog yang korang nak naikkan viewer tersebut dan copy link post itu

12. Paste link tadi kedalam ruangan blog URL/post URL dan klik Ping! di website GilaPing

13.Pilih kategori dan klik Submit Artikel










Kini anda telah bersedia untuk menerima viewer yang banyak ke blog anda. Tetapi bagaimana ianya berfungsi? ia menggunakan sistem perkongsian data iaitu link blog anda akan dipaparkan di blog lain manakala link blog lain akan dipaparkan ke blog anda. Apa yang penting ianya adalah percuma. Apa tunggu lagi? Jom GilaPing!



Komen La Kalau Berani

Wednesday, November 14, 2012

Jadual Gaji Kakitangan Awam 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Selamat menyambut hari Deepavali bagi mereka yang menyambutnya dan juga Salam Maal Hijrah untuk umat Islam sekalian. Selepas terdetik hati aku nak cari kisah pasal gaji ni maka aku pun meronda kedalam internet dan menemui beberapa kepingan gambar yang telah diimbas. Akan tetapi amatlah huduh dengan senget dan tulisan tak berapa jelas. Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, aku telah betulkan semula keadaan tak senonoh tersebut dan berkongsi dengan korang semua. Maka dengan ini saya memohon maaf kepada pemilik asal gambar tersebut sebab copy sesuka hati tapi dengan niat berkongsi. Kira dapat pahala la manusia yang upload tu. Baiklah, sila copy gambar jadual gaji untuk kakitangan kerajaan 2013 dibawah. Share sebanyak mana yang anda mampu. No copyright needed. Kalau rajin ucap la terima kasih. Hehehe





Komen La Kalau Berani

Thursday, November 8, 2012

Cara Format Laptop/PC Menggunakan Pendrive

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua cara nak format laptop/PC dengan hanya menggunakan pendrive. Kalau nak guna kad memori pun boleh juga. Cara ini membolehkan laptop yang tiada atau rosak CD drive boleh diformat semula tanpa perlu membeli CD drive yang baru.

Sebelum memulakan kerja memformat, check benda-benda ni dulu:
- Saiz pendrive yang disarankan adalah 8Gb
- BIOS motherboard laptop/pc yang hendak diformat mestilah support usb boot
- Korang dah download/ada ISO windows 7

kalau korang dah cukup syarat jom kita ke langkah seterusnya. 

1. Mula-mula sekali korang klik di sini 


2. Install software tersebut kedalam laptop/pc korang


3. Buka software tu dan korang akn nampak benda ni. Jadi korang klik pada Browse. Korang pilih ISO yang korang dah download tu dan klik ok.kemudian korang klik next.


4. korang klik USB Device sebab korang nak guna pendrive format laptop kan?


5. pastikan pendrive korang bersaiz besar.kalau kecik nanti tak muat. kemudian klik Begin Copying.


6. klik Erase USB Device. pastikan juga pendrive korang memang kosong dan tiada benda-benda penting.


7. Bila dah start copying maka korang tunggu jela sampai siap.






8. Next step ialah korang perlu masuk kedalam BIOS dan setkan USB Device kepada urutan pertama/first boot device. Save setting dan exit.

9. Semasa laptop/pc yang hendak diformat baru dihidupkan, korang sumbat pendrive kedalam slot USB dan proses fotmat akan bermula.

Selamat Memformat!!



Komen La Kalau Berani

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...