Sunday, August 5, 2012

Jalan-Jalan Cari Baju Raya (Arked Ramadan Terminal Bas Kuantan)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setelah di sebelah petang aku merayap ke Bazar Ramadan Taman Tas maka di sebelah malamnya pula terniat di hati nak merayap ke Kuantan untuk mencari baju raya. Al maklum sahaja tahun ini merupakan tahun pertama aku tidak bertugas pada hari raya. Namun disebabkan tiada keretaku bawaku jalan-jalan maka aku telah keluar merayap bersama Asrin dengan niat mencari baju raya.


Sesampainya aku di arked ini, aku agak terkejut dengan pertambahan keluasan ruang perniagaan pada tahun ini. Jika dilihat tahun-tahun sebelumnya, ruang niaga yang ada tidaklah begitu besar namun pada tahun ini, ruangnya telah ditambah sehingga menghampiri jalanraya. Ini bermaksud ruang untuk meletakkan kenderaan semakin sedikit dan ini agak menyukarkan pembeli untuk meletakkan kenderaan mereka.


Sambil aku merayau, mata aku melilau mencari pakaian yang mungkin aku berkenan namun hampa dan kecewa. Mungkin disebabkan aku tidak keluar bersama isteri aku menyebabkan aku tak pandai memilih pakaian (sebelum ni baju raya dia yang pilihkan untuk aku). Maka akhirnya aku pergi kesana dengan tidak membeli apa-apa pakaian. Orang ramai yang datang menyesakkan keadaan dan membuatkan aku pening berada didalamnya kerana canopy yang dipasang bersambung-sambung dan ruang pengudaraan agak terhad menjadikan aku hampir lemas.


Tapi untuk warga Kuantan sudah semestinya arked ini menjadi pilihan kerana ianya menawarkan harga istimewa sempena ramadan yang datang cuma setahun sekali sahaja. Walaupun ada terdapat arked seperti ini di sekitar Kuantan namun disini adalah yang terbesar. Jom layan gambar yang aku ambil semasa disana.


Sampul duit raya yang kini semakin hangat dierkatakan. Sampul tidak melambangkan isi dalamnya.


Songkok dalam pelbagai pilihan warna dan jenis menanti pembeli


Permaidani raya dilelong dengan harga yang mampu dimiliki


Minyak wangi asli dijual dalam botol kecil


Senjata pun turut dijual? Ini replika sahaja.


Macam mana boleh terselit kedai makan disini?


Pelbagai jenis lampu dijual. Khas untuk mereka yang mungkin beraya dalam kegelapan ketika ketiadaan bekalan elektrik.


Pemilik kedai menyatakan trend selipar dan kasut raya pada tahun ini adalah berkonsepkan belang-belang. Betul atau tidak terserah kepada anda untuk menilai


Kopiah pun ada jika tidak memakai songkok


Pemilik Silica Creative Sdn Bhd, En Asrin sedang membelek-belek baju melayu untuk dibelikan kepada anak-anak saudaranya di hari raya nanti


Arked dilihat dari tepi jalan. Memang agak panjang


Apam balik dan burger pun terselit juga disini


Salah seorng pengunjung tersengih-sengih apabila dihalakan kamera kearahnya







Komen La Kalau Berani

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadan (Taman Tas)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selepas aku selesai bertugas pada hari jumaat maka aku bergerak balik ke Kuantan menggunakan superbike Wave 100 aku. Dalam perjalanan ke sana, dalam kepala aku dah terbayang bazar ramadan di kawasan Kuantan. Yang mana satu aku nak pergi mula-mula sekali aku pun tak pasti. Jadi aku telah memilih bazar yang berdekatan sahaja dan pilihan aku ialah bazar ramadah Taman Tas.


Kenapa Taman Tas? Suka hati aku nak pergi bazar mana pun. Lagipun di Kuantan sahaja terdapat lebih kurang 40 bazar ramadan yang beroperasi sepanjang bulan ramadan ini. Bazar ramadan Taman Tas antara yang meriah di Kuantan. Dengan bilangan peniaga menghampiri seratus gerai jualan, pelbagai juadah disediakan dan termasuk menu yang bagi aku kali pertama aku lihat iaitu ketam goreng tepung. Biar betul? Tapi itulah hakikatnya. Jom layan gambar yang aku sempat ambil semasa berada disana.


Suasana di bazar


Ayam bakar madu


Alie murtabak. Rakan seperjuanganku semasa aku bekerja di pasar malam dahulu.


Ayam goreng pun ada


Nasi kerabu turut dijual disini


Ayam panggang dan pelbagai jenis panggangan


Air katira. Semakin terkenal nampaknya minuman ini


Kek pun ada di sini


Inilah dia yang hangat diperkatakan. Ketam goreng tepung. Lupa pulak aku nak tanya harganya.


Pelanggan berpusu-pusu mendapatkan ayam madu terbaik di bazar ini


Tembikai pun ada di sini







Komen La Kalau Berani

Thursday, August 2, 2012

Jalan-Jalan Cari Tempat Buka Puasa (Jentayu Kopitiam Muadzam Shah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dalam kesibukan menjalani ibadah puasa, sekali sekala ingin juga aku sekeluarga berbuka puasa di luar. Disebabkan keretaku melanggar tiang maka hanya tinggal motorsikal sahaja kenderaan yang aku miliki sekarang. Namun itu tidak membataskan aku untuk berbuka puasa diluar.


Pada 27 Julai yang lalu aku bersama isteri dan anak aku telah berbuka di Jentayu Kopitiam Muadzam Shah. Jika dulu post aku tentang Jentayu Kopitiam ni terletak di kawasan perindustrian Muadzam Shah, kini ia telah berpindah ke Bandar Baru Muadzam Shah, betul-betul berhadapan dengan Dataran Muadzam Shah yang masih didalam peringkat pembinaan lagi.


Sempena bulan puasa, Jentayu Kopitiam telah menyediakan menu khas terdiri daripada 5 set nasi dan 3 set western food. Almaklumlah aku ni perut Melayu, maka aku memilih set nasi untuk 2 orang. Kalau tak silap aku set nasi no 1. 2 pinggan nasi, 3 jenis lauk, 2 air, 2 muffin, dan kurma. Bab lauk tu korang boleh pilih sendiri dari pelbagai menu yang disediakan. Jom tengok apa yang ada.


Muffin. Nampaknya Amoy tak sabar nak makan.


Air minuman. Asalnya air tembikai dan soya cincau tapi aku tambah hazelnut icecream -favourite aku - dan yang botol susu tu tak termasuk dalam menu. Itu Amoy punya.


Lauk. Aku tempah telur bungkus, udang masak merah dan sup daging. Itu pun tak habis. Kenyang sebelum habis makan. Maklumlah puasa katakan.


Suasana dalam kedai.


Pemandangan diluar kedai.


Salah seorang pekerja disini.








Komen La Kalau Berani

Panduan Sistem SMS Koperasi Tentera

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Entri kali ini aku dedikasikan kepada anggota tentera yang berada tidak kira dimana sekalipun. Aku tertarik untuk berkongsikan panduan ini memandangkan dividen koperasi yang akan menjelang tiba raya kali ini. Perlu diketahui bahawa sistem ini hanya untuk anggota tentera dan anggota awam yang bekerja dengan kementerian pertahanan yang menjadi ahli Koperasi Tentera sahaja.



1) Pendaftaran Nombor Telefon Bimbit

Untuk mendaftar nombor telefon bimbit untuk perkhidmatan sms, anda hendaklah:-


Taip KT DAFTAR<jarak>No Ahli<jarak>No Tentera<jarak>No Telefon Bimbit dan hantar ke 39777.


Nota :
  • Pendaftaran hanya perlu dilakukan sekali sahaja.
  • Gunakan 1 jarak antara perkataan.
  • Jangan gunakan simbol '-' pada nombor Kad Pengenalan/No Tentera dan nombor telefon bimbit.
  • Tidak perlu letak huruf T pada nombor tentera.



2) Semakan Baki Akaun

Untuk menyemak baki akaun, anda hendaklah:-


Taip KT<jarak>BAKI dan hantar ke 39777.


3) Semakan Kelayakan Dividen


Untuk menyemak kelayakan Dividen, anda hendaklah:-


Taip KT<jarak>DIV dan hantar ke 39777.


4) Semakan Wasi

Untuk menyemak Wasi, anda hendaklah:-


Taip KT<jarak>WASI dan hantar ke 39777.


5) Penukaran Nombor Telefon Bimbit

Untuk menukar nombor telefon bimbit, anda hendaklah:-


Taip KT<jarak>TUKAR<jarak>NoAhli<jarak>No Tentera<jarak>NoTelefon Bimbit Lama<jarak>No Telefon Bimbit Baru dan hantar ke 39777.


6) Pembatalan Nombor Telefon Bimbit

Untuk membatalkan nombor telefon bimbit, anda hendaklah:-


Taip KT<jarak>BATAL<jarak>No Ahli<jarak>No Tentera dan hantar ke 39777.






Setiap SMS yang dihantar dikenakan caj 30 sen. Lepas ni sebelum korang pergi koperasi,boleh semak baki dahulu sebelum ke Koperasi Tentera. Bukan apa, takut baki tak ada. Selamat menggunakan perkhidmatan ini.



Komen La Kalau Berani

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...