Monday, July 30, 2012

Perbezaan Layout Upload Photo Blogger

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kepada pengguna dan blogger di luar sana,terdapat dua layout untuk upload gambar ke post korang.


1) Ini layout kalau korang menggunakan butang Compose


2) Ini pula layout kalau korang guna butang HTML






Pada asasnya sama sahaja. Yang penting jangan upload gambar yang tidak-tidak. Harap maklum.





Komen La Kalau Berani

Friday, July 27, 2012

Cara Mendengar Radio Internet/Online Streaming Radio Melalui Peranti Mudah Alih (Handphone)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selepas aku berjaya meminjam sekejap Samsung Galaxy Note kawan aku si Alip Putra maka akhirnya aku berjaya jugak buat screen capture untuk step macam mana nak dengar internet radio/online streaming radio menggunakan peranti yang berasaskan Android. Tetapi perlu diingatkan kepada pengguna peranti ini supaya update firmware korang sebelum memulakan langkah yang akan aku tunjuk sebentar lagi.


Dah update firmware korang? Kalau diikutkan memang banyak software yang korang boleh guna untuk mendengar internet radio/online streaming radio ni jadi aku akan tunjukkan salah satu software tersebut. Untuk cara kali ini aku guna TuneIn Radio Free. Korang jangan guna TuneIn Radio Pro pulak sebab nanti korang kena bayar. Aku tunjuk yang free je. Yang bayar aku tak minat. Setakat ni TuneIn Radio telah diuji dan digunakan keatas peranti Blackberry, Samsung, dan IPhone. Dalam cara ini aku tunjukkan contoh radio internet Bapakku.fm.


1) Dalam Android Market/PlayStore korang taip TuneIn dalam ruang search dan pilih TuneIn Radio Free (Latar Belakang Logo Berwarna Putih). Kemudian korang pilih Install


2) Pilih Accept & Download 


3) Apabila dah siap download, korang pilih Open


4) Korang pilih lambang kanta/search


5) Korang taip bapakku. Secara automatik logo Bapakku FM akan keluar. Korang pilih Bapakku FM.


6) Korang klik lambang hati/heart


7) Pilih Add Bapakku FM










So lepas ini korang kalau nak dengar Bapakku FM korang hanya perlu buka aplikasi TuneIn Radio dan pilih Preset. Radio Internet Bapakku FM dah disimpan sebagai preset dan korang boleh mula mendengar radio. Selamat Mencuba!!!

Komen La Kalau Berani

Thursday, July 26, 2012

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadan (Bukit Ibam)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setelah aku menyelesaikan beberapa urusan di Muadzam Shah maka aku bertolak balik ke Bukit Ibam. Sebelum menjejakkan kaki ke rumah, aku sempat singgah ke bazar ramadan Bukit Ibam, antara bazar ramadan terkecil yang pernah aku lihat.


Kalau dilihat dari jumlah peniaga memang agak sedikit namun berpadanan dengan jumlah penduduk yang menghuni kawasan sekitar. Terdapat peniaga yang menjual kuih-muih, air tebu, dan pelbagai jenis lauk pauk disini. Sekurang-kurangnya penduduk sekitar bersyukur dengan wujudnya bazar ramadan ini, mereka tidak perlu ke Muadzam Shah yang jaraknya 22 kilometer semata-mata untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.


Antara kawasan penduduk yang berhampiran adalah Kampung Bukit Ibam, Kampung Aur, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Sekolah Rendah Asrama Bukit Ibam dan TUDM Bukit Ibam. Apapun jom layan gambar yang aku ambil tadi.


Peniaga kuih yang sedang menanti pelanggan.


Sempat tunjuk peace lagi?


Suasana bazar sekitar 6:30 petang


Pelbagai jenis air turut dijual

















Komen La Kalau Berani

Wednesday, July 25, 2012

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadan (Gugusan Keratong 7,8,9,10)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dalam perjalanan aku membeli bekalan barang untuk berniaga di Keratong 9, aku terserempak dengan sebuah bazar di sana. Pada mulanya aku sangkakan ianya sebuah pasar malam tetapi setahu aku pasar malam disana ialah pada hari Khamis. Maka tidak lain dan tidak bukan memang sah ianya bazar ramadan.


Aku ronda-ronda mencari kuih kegemaran aku -cucur badak- dan setelah membeli kuih, aku pusing-pusing didalam bazar tersebut. Tak besar sangat namun memadai untuk penduduk sekitar membeli juadah berbuka puasa. Jom layan gambar yang aku ambil semasa berada di bazar ramadan ini tadi.


Seorang peniaga air tebu menggunakan mesin pemerah tebu diatas lori. Tempat korang ada?


Antara air yang terdapat disini


Di gerai inilah aku membeli kuih cucur badak (walaupun tiada terdapat badak didalam kuih tersebut)


Murtabak RM3 sekeping. Termurah setakat ini


Lauk untuk berbuka. Lauk didalam bekas, bukan yang berdiri tu.


Suasana bazar yang agak sibuk sekitar jam 6 petang


Air jambu pun ada. Memang menyegarkan






Komen La Kalau Berani

Tuesday, July 24, 2012

Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadan (Muadzam Shah)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Di bulan Ramadhan yang mulia ni aku terlebih dulu mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dan selamat berpuasa. Anyway disebabkan kereta aku dah melanggar tiang elektrik secara tak sengaja, maka aku cuma mampu meronda-ronda bazar ramadhan yang berdekatan sahaja.


Kali ini aku berjalan ke bazar ramadhan Muadzam Shah. Kalau dikira dari Selancar menuju ke Bandar Dua, bazar inilah yang paling besar. Korang tengok sendiri betapa meriahnya bazar ini. Bukan sebab makanannya menarik, tapi inilah satu-satunya bazar yang ada disini. Namun begitu hasilnya tak mengecewakan. Kalau dilihat dari segi kepelbagaian jenis makanan yang dijual memang kelihatan sama sahaja dengan bazar-bazar lain tetapi tahun ni aku lihat ada sesuatu yang bertambah iaitu ruang niaga telah dipanjangkan lagi menghala ke gelanggang tenis dan juga Pegawai Waran bersara Mustapha telah berniaga disini. Apa-apa pun jom layan gambar yang aku sempat ambil petang tadi.




Suasana bazar jam 6 petang


Antara juadah yang dijual


Kawasan parking yang memang tak cukup


Pintu masuk utama


En Kamarul berehat menanti pembeli


En Azam Berazam sedang memikirkan sesuatu









Komen La Kalau Berani

Thursday, July 19, 2012

Jadual Imsak Dan Berbuka Seluruh Malaysia Tahun 2012 / 1433H

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Memandangkan Ramadhan akan menjelang tiba, aku nak kongsi sikit info pasal waktu imsak dan berbuka bagi semua daerah-daerah di Malaysia. Selamat menunaikan rukun Islam Ketiga!!! Anda klik dan terus boleh download jadual berbuka dan imsak di negeri dan zon pilihan anda.

Melaka
Seluruh Negeri Melaka

Johor
Zon 1- Pulau Aur Dan Pulau Pemanggil
Zon 2- Daerah Johor Bahru,Kota Tinggi,Mersing Dan Pulau Berdekatan
Zon 3-Daerah Pontian Dan Kluang
Zon 4-Batu Pahat,Muar,Segamat Dan Gemas Johor

Negeri Sembilan
Zon 1-Jempol Dan Tampin
Zon 2- Seremban,Rembau, Port Dickson, Kuala Pilah Dan Jelebu

Selangor
Zon 1-Daerah Gombak, Petaling / Shah Alam, Hulu Selangor, Hulu Langat Dan Sepang
Zon 2-Daerah Klang, Kuala Langat,Kuala Selangor Dan Sabak Bernam

Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur
Putrajaya
Labuan

Perak
Zon 1- Tapah, Slim River Dan Tanjung Malim
Zon 2- Ipoh, Batu Gajah, Kampar, Sg. Siput Dan Kuala Kangsar
Zon 3- Pengkalan Hulu, Grik Dan Lenggong
Zon 4- Temengor Dan Belum
Zon 5- Teluk Intan, Bagan Datoh, Kg. Gajah, Sri Iskandar, Beruas, Parit, Lumut, Sitiawan Dan Pulau Pangkor
Zon 6- Selama, Taiping, Bagan Serai Dan Parit Buntar
Zon 7- Bukit Larut

Kedah
Zon 1- Daerah Kota Setar, Kubang Pasu Dan Pokok Sena
Zon 2- Daerah Pendang, Kuala Muda Dan Yan
Zon 3- Daerah Padang Terap, Sik Dan Baling
Zon 4- Daerah Kulim Dan Bandar Baharu
Zon 5- Daerah Langkawi
Zon 6- Puncak Gunung Jerai

Pulau Pinang
Seluruh Pulau Pinang

Perlis
Seluruh Negeri Perlis

Kelantan
Zon 1-Jajahan Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh,Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai Dan Daerah Ciku (Jajahan Gua Musang)
Zon 2-Jajahan Jeli Dan Gua Musang Termasuk Daerah Galas Dan Bertam

Terengganu
Zon 1- Kuala Terengganu Dan Marang
Zon 2- Besut Dan Setiu
Zon 3- Hulu Terengganu
Zon 4- Kemaman Dan Dungun

Pahang
Zon 1-Pulau Tioman
Zon 2-Kuantan, Pekan, Rompin Dan Muadzam Shah
Zon 3-Temerloh, Chenor, Maran, Jerantut Dan Bera
Zon 4-Raub, Bentong Dan Lipis
Zon 5-Genting Sempah, Janda Baik Dan Bukit Tinggi
Zon 6-Cameron Highland, Bukit Fraser, Genting Highland

Sarawak
Zon 1-Limbang, Sundar, Trusan Dan Lawas
Zon 2-Niah, Bekenu, Miri, Sibuti, Dan Marudi
Zon 3-Tatau, Suai, Belaga, Pandan, Sebauh Dan Bintulu
Zon 4-Igan, Oya, Balingian, Mukah, Dalat, Sibu,Kanowit, Kapit Dan Song
Zon 5-, Matu, Daro, Sarikei, Julau, Bintangor Dan Rejang
Zon 6-Kabong, Lingga, Sri Aman, Engkelili, Lubok Antu, Betong, Spaoh, Pusa, Saratok, Roban Dan Debak
Zon 7-Samarahan, Simunjan, Serian, Sebuyau Dan Meludam
Zon 8-Kuching, Lundu, Bau Dan Sematan
Zon Khas

Sabah
Zon 1-Bahagian Sandakan (Timur),Tomanggong, Sukau, Bandar Sandakan,Samawang, Kota Kinabatangan Dan Bukit Garam.
Zon 2-Bahagian Sandakan (Barat) Terusan, Beluran, Kuamut, Jambongan, Paitan, Telupid, Tongod Dan Pinangah
Zon 3-Bahagian Tawau (Timur) Tambisan, Sahabat, Tungku, Semporna, Silabukan,Lahad Datu Dan Kuna
Zon 4-Bahagian Tawau (Barat) Balung, Bandar Tawau, Pulau Sebatik, Merotai Dan Kalabakan
Zon 5-(Bahagian Kudat) Pulau Bangi, Pitas, Kota Marudu, Matunggong Dan Kudat
Zon 6-Gunung Kinabalu ( Ketinggian 4,101 M)
Zon 7-(Bahagian Pantai Barat) Ranau, Kota Belud, Tuaran, Penampang, Kota Kinabalu, Putatan Dan Papar
Zon 8- Bahagian Pedalaman (Atas) Pensiangan, Nabawan, Sook, Sepulut, Tambunan, Dan Keningau
Zon 9-Bahagian Pedalaman (Bawah) Tenom, Long Pa Sia, Membakut, Beaufort, Kuala Penyu, Weston, Menumbok Dan Sipitang



Komen La Kalau Berani

Tuesday, July 17, 2012

Cara Memadam Fail Terkunci / Protected File (Corby 2/GT-S3850)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Henset zaman sekarang memang canggih tak terkejar yop. Tapi nak guna tu ada yang tak berapa nak reti. Kalau reti pulak tak berapa nak mampu. So pilihan terbaik untuk korang aku rasa henset yang aku pakai sekarang ni la. Samsung Corby 2 atau GT-S3850 merupakan henset termurah di pasaran yang ada skrin sentuh dan ada wifi. Harga terkini kalau di Segamat tu dalam RM 230 termasuk memori kad 4Gb. Nak apa lagi? 

Akan tetapi kepada pengguna Corby 2 yang juga dikenali dengan nama jolokan 'henset issue' mempunyai masalah yang tersendiri iaitu kita tak dapat nak buang fail yang terkunci/ Protected file. Selepas beberapa kali mencari dalam internet, akhirnya aku terjumpa jugak cara yang paling ringkas dan tak memeningkan kepala untuk dibuat. Kebanyakan tutorial yang aku dapat adalah berbahasa inggeris (Oh My English!!!) so aku kongsikan dengan korang cara nak memadamkan fail yang terkunci dalam Corby 2 ni.

1) Download BlueFTP di sini dan install kedalam henset korang.

2) Buka My Files

3) Buka fail yang korang nak padam. Dalam kes aku, aku nak padam alert tone. So bukak la Sounds>Alert tones

4) Salin semua nama alert tone tu ke dalam notepad

5) Copy mana-mana mp3 yang bersaiz kecik kedalam folder yang sama dengan fail yang korang nak padam. . Satu fail pun tak kisah, korang ulang je copy fail tu sehingga jumlahnya sama dengan jumlah mp3 alert tone yang korang nak padamkan.

6) Kalau keluar file name already in use, korang pilih save je. Semua fail tu aka diubah nama secara automatik.

7) Setelah cukup jumlah lagu yang korang copy tu, korang bukak BlueFTP. Bila keluar ayat BlueFTP may access read user data. Continue? korang pilih Allow, ask once untuk melancarkan kerja.

8) Bila dah masuk, terus pergi ke Tones>Alert tones dan korang akan dapat lihat lagu yang korang dah copy tadi.

9) Rename setiap fail mengikut nama asal ringtone yang korang dah salin kat notepad tadi. caranya pilih lagu, pilih menu dan pilih rename

10) Bila korang dah rename untuk fail pertama, dia akan keluar BlueFTP may access write user data. Continue? korang pilih Allow, ask once untuk memudahkan kerja. Teruskan rename setiap fail sehingga semua fail siap ditukar nama.

11) Keluar dari BlueFTP dan buka folder Alert tone. Pilih delete.

12) Tick select all dan tekan delete

13) Select all sekali lagi dan tekan delete





So fail yang tadi terkunci kini dah tak terkunci, ulang langkah 13,14 dan 15 dan hasilnya sudah tiada lagi alert tone! Korang boleh guna langkah ni untuk padamkan gambar yang terkunci dan juga mp3 yang terkunci. Selamat mencuba!!!




Komen La Kalau Berani

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...