Tuesday, June 26, 2012

Cara Mengajar Anak Mengenal Huruf Dengan Cepat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kadang kala kita sebagai ibu bapa ataupun guru tadika mungkin mengalami kesukaran untuk mengajar anak-anak kecil mengenali huruf. Paling kuat pun diorang akan kenal ABC je.Lepas C dah tak ingat. So untuk korang arini aku nak berkongsi satu software yang aku gunakan untuk mengajar anak aku mengenal huruf,nombor, dan warna.

Korang pernah dengar tentang Minisebran dan Sebran? Kalau yang pernah guna, mesti korang tau keberkesanan software tu dalam mengajar anak-anak. Kalau tak pernah dengar, aku akan tunjukkan.

Secara amnya,Minisebran dan Sebran adalah software percuma yang dibangunkan untuk mengajar kanak-kanak sebelum mereka memasuki tadika, so tak lah cikgu pening sangat nak mengajar. Tapi aku agak terkejut dengan Minisebran kerana anak aku mengenal huruf dalam masa seminggu lepas guna Minisebran. Lepas dia dah kenal, aku ajar dia guna Sebran pulak. Hasilnya memang tak mengecewakan. 

Minisebran, Asas mengenal huruf, nombor dan warna. Fungsi keyboard telah dinyahaktif untuk mengelakkan anak-anak menekan keyboard ikut suka. Sebran pula advance kepada Minisebran. Siap ada game lagi untuk dicuba. Korang boleh download Minisebran disini dan Sebran disini.

Jangan salahkan anak kenapa diorang lambat mengenal huruf, mungkin cara pengajaran kurang menarik perhatian. Cubalah kedua-dua software ni dan lihat hasilnya. Selamat mencuba!!!


Minisebran

Sebran




Komen La Kalau Berani

Saturday, June 23, 2012

Cara Mengubah Skrin Log Masuk

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Agak lama aku membiarkan blog aku ni tanpa sebarang post disebabkan kerja-kerja luar kawasan yang agak banyak. So selepas aku belek laptop aku ni, aku akhirnya jumpa jugak benda menarik yang nak dikongsi dengan korang semua.

Selalunya skrin log masuk (logon screen) korang kalau guna windows 7 mesti standard dan membosankan dengan background yang hari-hari tengok boleh naik menyampah. Sedangkan background desktop boleh diubah, inikan pula logon screen. Tapi macam mana nak ubah background logon screen korang tu? Salah satu caranya ialah dengan menggunakan Logon Changer. Ikut step ni.

1) Mula-mula korang download Logon Changer for Windows 7 di sini dan kemudian double click TweaksLogon.exe. Korang akan dapat macam ni.
2) Korang klik Change Logon Screen dan pilih gambar mana yang korang nak jadikan background.

3) Bila keluar macam ni, korang klik ok.

4) Dah siap, korang boleh la klik butang Test tu untuk tengok macam mana hasilnya.




So dengan adanya benda ni, korang takkan rasa bosan lagi dengan background logon screen korang yang kadang kala membuat kita sakit mata dengan laptop/PC kita sendiri. Selamat mencuba.




Komen La Kalau Berani

Saturday, June 16, 2012

Cara Download Video Dari Internet (Youtube,Google Video,Facebook dsb)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Menurut pemerhatian aku, dah banyak sangat orang tunjuk cara download video dari internet tapi semua menggunakan software dan tak banyak yang menggunakan extension. So kali ni aku nak berkongsi dengan korang cara download video dari internet menggunakan extension Mozilla Firefox. Bukan setakat video, malahan audio pun boleh download menggunakan extension ini.

1) Download extension DownloadHelper di sini

2) Klik Add To Firefox.

3) Klik Install

4) Klik Restart Now. Mozilla Firefox akan restart lepas korang klik restart.

5) Lepas firefox dah restart, korang akan perasan ada logo DownloadHelper kat Firefox korang. Buka website yang korang nak download video (contohnya Youtube)

6) Buka video yang korang nak download

7) Semasa video korang nak load, korang akan lihat logo DownloadHelper akan berpusing-pusing. Klik pada anak panah kecik kat tepi logo DownloadHelper dan pilih kualiti video yang korang nak download. Lagi tinggi kualiti video, makin besarlah saiznya.

8) Korang pilih pulak macam mana korang nak download. Kalau nak guna downloader Mozilla Firefox, korang terus klik download. Kalau korang nak guna software downloader lain, korang klik copy URL.

9) Aku pilih nak download guna downloader Firefox. Lepad korang klik download, klik je save atau pilih tempat lain untuk korang letak video yang akan korang download.

10) Video korang sedang dalam proses download. Lepas je siap, korang dah boleh tengok video korang




Diharap dengan penerangan aku, kini korang dah jelas cara bagaimana nak download video dari internet. Bukan setakat youtube je, facebook, google video dan entah apa-apa lagi video yang korang nampak dalam browser tu boleh korang download dengan cara yang sama. Enjoy!!!




Komen La Kalau Berani

Friday, June 15, 2012

Basic Photo Guide - Bagaimana Mengambil Gambar Macro / Macro Photoshoot

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Agak lama aku tak menulis dalam blog aku ni dan terbiar bersawang beberapa hari. Disebabkan gesaan oleh beberapa rakan kepada aku, maka aku akan post jugak mengenai asas fotografi tapi takkan aku nak cerita pasal macam mana nak tangkap gambar pulak. Rasanya semua dah tau tu.


Kali ni aku nak berkongsi dengan korang pasal cara nak ambil gambar macro atau orang kampung aku panggil macrophotography. Apekemendenye tu? Macro photography ialah fotografi untuk memperbesarkan imej benda kecik-kecik. Kalau guna lens standard dan terus shoot dekat-dekat memang tak dapek nak nolong la. So terdapat beberapa cara untuk memacrokan dslr korang.


1) Macro Lens
- Dengar nama pun dah tau memang untuk shoot gambar macro. Hasil memang cantik tapi modal nak dapat sebijik lens ni boleh tahan la jugak. Cara nak guna lens ni mudah je. Pasang kat dslr korang dan terus shoot jela.


2) Close Up Filter
- Kalau korang tak mampu nak beli macro lens, korang beli la close up filter. Hasil memang la tak setanding macro lens tapi tak mengecewakan. Cara menggunakannya ialah korang pasang kat depan lens sama macam korang pasang uv filter atau apa-apa filter pada lens korang.


3) Macro Extension Tube (MET)
- Tak mampu nak beli close up filter tapi nak memacrokan diri so korang boleh cuba macro extension tube pulak. Aku sendiri pun guna ni je kalau nak macro. Harga pun dalam lingkungan RM35 je. Cara nak guna benda ni, setkan aperture lens korang kepada aperture yang korang nak. Pastu korang off dslr, tanggalkan lens, pasangkan MET kepada body dslr dan pasangkan lens pada MET. Kalau korang punya MET murahan macam aku, aperture kena set sebelum pasang lens kepada MET dan hanya manual focusing je yang boleh. Kalau yang mahal sikit ada la autofocus.


4) Reverse Lens
- Inilah teknik macro paling jimat kos namun berisiko tinggi. Tak perlu nak gunakan alatan tambahan untuk menjadikan lens korang jadi macro lens. Caranya ialah korang setkan aperture yang dikehendaki, tanggalkan lens dan pegang secara terbalik. Fokus manual sahaja. Risiko lens terjatuh atau dimasuki serangga adalah antara sebab mengapa cara ni berisiko namun hasilnya amat memuaskan. Kalau nak selamat, korang boleh pasangkan reverse ring kepada lens korang.


5) Gabungan Tele-Reverse Lens
- Teknik ini hampir sama dengan reverse lens namun perbezaannya hanya bilangan lens yang digunakan. Jika reverse lens korang menggunakan hanya satu lens, gabungan tele-reverse lens ni menggunakan 2 lens. Caranya ialah korang terbalikkan lens dan letakkan lens dihadapan telephoto lens. Kalau tak ada tele, lens 18-55mm pun dah cukup. Aku try pada 18-55mm dan letakkan 50mm reverse lens dengan hasil yang memuaskan.


6) Bellow
-Inilah antara kelengkapan dslr yang jarang kita nampak zaman sekarang ni. Bellow ni mempunyai kesan seperti MET namun boleh diubah mengikut panjang maksimum bellow anda. Selain macro effect, bellow juga mampu menghasilkan imej tilt-shift.






Kini korang dah tahu macam mana nak memacrokan diri korang. Kenapa perlu macro? Manalah tahu kot-kot korang ronda-ronda taman dan ternampak ladybird hinggap atas bunga dan korang nak sangat shoot gambar ladybird tu, masa tu la gunanya ilmu macro ni. Untuk wedding photographer pulak, gambar cincin dan detail persiapan seperti mata dan bibir pengantin boleh juga menggunakan teknik macro. Tak rugi mencuba dan tak rugi belajar. Apa tunggu lagi? Jom Macro!!





Komen La Kalau Berani

Friday, June 8, 2012

Jalan-Jalan Cari Shopping Complex (1Segamat)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selama ni Segamat dikenali dengan syurga kain pasang dan pakaian. Sebut je Jakel dan Rejinah, semua dah terbayang kain pasang yang bergulung-gulung dan pakaian yang bersusun menanti untuk dibeli. Tetapi persepsi itu cuba diubah dengan terbinanya sebuah shopping complex di kawasan stesyen bas dan teksi Segamat yang dinamakan 1Segamat atau One Segamat.


Aku memang dah lama tunggu tempat ni siap. Bermula dari iklan ditepi-tepi jalan sekitar Segamat aku dah teruja nak tengok macam mana rupanya 1Segamat ni. Kalau dari iklan tu nampak macam best. So setelah 1Segamat dibuka, aku pun kesana dengan harapan yang ianya memberi gambaran kepada aku seperti mana yang aku bayangkan.


Kalau nak cerita bab kedai yang ada, kira ok la bagi aku. Kedai-kedai seperti Mr DIY, Big Apple, dan UO Superstore memang dinantikan oleh warga Segamat memandangkan sebelum ini ia tiada di Segamat. Melalui maklumat yang aku perolehi dari kaunter informasi, setiap bulan diadakan function disini dan berkemungkinan 1Segamat akan menjadi pusat tumpuan selepas ni kerana pelbagai aktiviti telah disusun khas untuk para pengunjung disini.


Selain dari itu, di penghujung lot-lot kedai terdapat taman permainan untuk kanak-kanak dan child buggy berbentuk binatang dan kereta. Keretapi mainan pun ada disediakan untuk golongan cilik menghabiskan masa mereka disana sementara ibu bapa membeli belah. Walaupun belum dibuka sepenuhnya, aku tengok ramai je orang yang berkunjung kesini. Mungkin semua orang pun teruja untuk berkunjung kesini.


Wayang LFS (Lotus Five Star) menjadi antara tarikan utama disini. Tapi sayang sekali tiada bowling dan snooker disini. Puas aku pusing-pusing mencari kot-kot ada namun hasilnya mengecewakan. Alangkah baiknya jika pusat bowling dan snooker diwujudkan disini. Confirm lagi ramai turun ke 1Segamat.


Lokasi strategik 1Segamat yang terletak bersebelahan dengan stesyen bas dan teksi Segamat menjadikan ia senang untuk dikunjungi. Kawasan parking bertingkat juga memudahkan pengunjung yang membawa kenderaan sendiri untuk meletak kenderaan mereka. Tapi semasa aku nak parking, aku perhatikan mesin parking berbayar sudah wujud namun belum beroperasi lagi. Mungkinkah selepas ini parking disini berbayar tu aku tak pasti. Kita tunggu dan lihat sahaja.


Secara keseluruhannya, aku rasakan kewujudan 1Segamat adalah tepat pada masanya memandangkan tumpuan orang ramai sudah beralih kepada Segamat Baru dan Segamat 2 disebabkan tiada apa lagi yang membuatkan orang ramai ke Bandar Segamat. Yang ada disana hanyalah stesyen bas dan teksi tetapi dengan adanya 1Segamat, tumpuan kini sudah beralih semula ke sana dan sekurang-kurangnya warga Segamat boleh berbangga dengan 1Segamat, Shopping Complex yang happening untuk mereka.


kawasan parking depan 1segamat

lif papan lapis.kau ada?

big apple.nyum nyum

ruang di ground floor

pintu depan 1segamat

atm pun ada

mini train untuk kanak-kanak

taman soft play.mak bapak tak boleh masuk

mini buggy

akhirnya ada juga mr diy kat segamat

wayang LFS

kedai peralatan magik.siapa nak belajar magik datanglah ke sini




Komen La Kalau Berani

Jalan-Jalan Cari Pasar Malam (Taman Yayasan, Segamat)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Antara tempat terhampir dengan Muadzam Shah ialah Segamat dan memang dah jadi kebiasaan untuk aku mencari pasar-pasar malam dan tengok apa yang ada kat situ. So kali ni aku jalan-jalan ke Segamat pada hari khamis lepas dan aku tengok ada pasar malam kat situ. So aku pun jalan-jalan sambil mencari info-info yang sesuai untuk tatapan semua.

Pasar malam ni agak besar dengan susunan jenis memanjang ianya diadakan di kawasan industri Segamat. Panjang pasar malam ni lebih kurang 1.5 kilometer (aku agak). Kemeriahan pasar malam ni jelas kelihatan apabila tiba waktu malam. Orang ramai berpusu-pusu datang menerjah pasar malam ni. Kawasan parking yang banyak memudahkan orang ramai meletak kenderaan mereka.



Apa yang menariknya tentang pasar malam ni ialah bukan orang melayu je yang berniaga malahan orang cina dan india pun turut sama berniaga. Kira pasar malam 1Malaysia la kot. Apa yang penting semua makanan yang dijual adalah halal.


Namun begitu, susunan peniaga agak kurang teratur kerana korang boleh tengok sendiri peniaga makanan dan peniaga barangan berselang seli. Bagi aku perkara ni tak ada masalah asalkan asap atau air tu tak tumpah ke meja orang sebelah sudah la. Pasar malam ni diadakan pada hari Khamis bermula jam 5 petang dan tamat pada jam 10 malam. Tunggu apa lagi? Khamis depan jom beramai-ramai kesana.


inilah jalan yang dijadikan pasar malam

peniaga kasut terpakai

peniaga barang perbagai

peniaga ikan.kalau tak silap kat pasar ibam pun dia ada berniaga

peniaga chicken chop

peniaga putu piring

peniaga popiah

suasana pasar di waktu petang

peniaga putu bambu

penghujung pasar malam

peniaga buah

peniaga kuih

peniaga burger

peniaga kepak ayam

peniaga potato spring

peniaga satay

peniaga batu cincin




Komen La Kalau Berani

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...