Cara Membahagikan/Mencantumkan Fail Besar Dengan Mudah (HJ Split)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kebiasaan yang terjadi dalam kehidupan kita ialah apabila ingin menghantar sesuatu fail yang bersaiz besar kedalam emel namun sistem emel hanya menerima fail dengan saiz maksimum 25Mb sahaja. Jadi anda semua aku nak berkongsi tentang cara membahagikan fail yang besar kepada beberapa bahagian kecil supaya boleh dihantar menggunakan emel dan sebagainya.

Kenapa HJ Split? Paling utama kerana ianya Percuma!! Ianya bersaiz kecil dan tidak perlu install untuk menggunakannya. Ia juga menyokong platform 32 dan 64 bit Windows. Selain itu, ia mampu mengendalikan fail sehingga 100Gb. Ia boleh terus digunakan melalui CD, DVD dan Pendrive anda.

Kalau kepada anda yang memang sudah biasa menggunakan WinRAR mungkin anda rasa ianya merupakan antara yang terpantas untuk membahagikan fail namun setelah dicuba, didapati HJ Split jauh lebuh pantas dan mudah untuk digunakan. Bagaimana untuk menggunakan HJ Split? Ikuti langkah ini:


1. Pergi ke http://www.hjsplit.org atau klik http://www.freebytesoftware.com/download/hjsplit.zip untuk terus download HJ Split.


2. Dah siap download? Korang buka fail zip yang anda download tu dan double click di hjsplit.exe dan aplikasi hjsplit akan terbuka.







Membahagikan Fail

Bermulanya dari sini, maka korang dah boleh memulakan operasi. Pertama sekali bagaimana untuk membahagikan fail kepada beberapa bahagian. Contoh yang aku buat ni ialah menggunakan fail video. Ikuti langkah berikut:


1. Pada HJ Split, klik Split.


2. Korang akan dapat macam ni. Klik pada Input File


3. Pilih fail yang korang nak bahagikan. Dalam contoh aku ni, aku pilih video Ustaz Azhar Idrus punya ceramah. Dah pilih korang klik Open


4. Pilih saiz yang korang nak. Dalam kes aku ni, aku buat setiap bahagian bersaiz 24Mb iaitu saiz yang boleh muat dalam emel.


5. Klik Start dan korang tunggu sampai siap HJ Split membahagikan fail korang.


6. Bila dah siap, klik OK dan fail korang dah siap dibahagikan. Fail yang telah dibahagikan terdapat dalam lokasi yang sama dengan fail asal korang (jika lokasi Output tidak diubah)


Mencantumkan Fail

Apabila dah mantap ilmu membahagi korang, maka sudah tiba masa untuk ilmu mencantum fail pulak. Ikuti langkah berikut:


1. Pada HJ Split, klik Join


2. Korang akan dapat macam ni. Klik pada Input File

3. Cari fail yang hendak dicantumkan. Pilih fail yang bernama xxx.001 (xxx merujuk kepada nama fail) dan klik Open

4. Klik Start dan tunggu HJ Split mencantumkan kembali fail tersebut

5.  Bila dah siap, klik OK dan fail korang dah siap dicantumkan. Fail yang telah dicantumkan terdapat dalam lokasi yang sama dengan fail asal korang (jika lokasi Output tidak diubah)





Ok sekarang korang dah dapat memantapkan diri dengan ilmu membahagi dan mencantum fail. Kongsikan perkara baik ni sebab mereka juga akan perlukannya satu hari nanti. 




Komen La Kalau Berani

Comments