Jalan-Jalan Cari Bazar Ramadan (Bukit Ibam)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setelah aku menyelesaikan beberapa urusan di Muadzam Shah maka aku bertolak balik ke Bukit Ibam. Sebelum menjejakkan kaki ke rumah, aku sempat singgah ke bazar ramadan Bukit Ibam, antara bazar ramadan terkecil yang pernah aku lihat.


Kalau dilihat dari jumlah peniaga memang agak sedikit namun berpadanan dengan jumlah penduduk yang menghuni kawasan sekitar. Terdapat peniaga yang menjual kuih-muih, air tebu, dan pelbagai jenis lauk pauk disini. Sekurang-kurangnya penduduk sekitar bersyukur dengan wujudnya bazar ramadan ini, mereka tidak perlu ke Muadzam Shah yang jaraknya 22 kilometer semata-mata untuk mendapatkan juadah berbuka puasa.


Antara kawasan penduduk yang berhampiran adalah Kampung Bukit Ibam, Kampung Aur, Sekolah Menengah Agama Bukit Ibam, Sekolah Rendah Asrama Bukit Ibam dan TUDM Bukit Ibam. Apapun jom layan gambar yang aku ambil tadi.


Peniaga kuih yang sedang menanti pelanggan.


Sempat tunjuk peace lagi?


Suasana bazar sekitar 6:30 petang


Pelbagai jenis air turut dijual

















Komen La Kalau Berani

Comments