Thursday, July 12, 2012

Cara Nak Tengok / Download Movie Secara Online (Senarai Website)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Agak lama aku senyapkan diri dalam semua jenis social network.Sebabnya?Aku agak sibuk dengan aktiviti kerja dan aktiviti yang aku buat sendiri.Anyway kali ni aku nak kongsi dengan korang semua tentang website yang menawarkan Online Streaming Movie dan Download Movie.

Kalau korang dah biasa dengan torrent,mesti korang dah biasa download movie melalui internet, namun masa yang diambil agak panjang dan kadangkala hasilnya mengecewakan dan menyakitkan hati.So untuk korang aku akan perkenalkan beberapa website Online Movie untuk korang tengok movie secara online dan juga korang boleh download kalau korang nak.Kalau lupa atau tak tahu cara nak download,sila rujuk post aku sebelum ni di sini.


1) Stagevu


Website pertama online movie streaming yang aku kenal.Kalau dulu memang ni la sumber utama aku nak cari movie terbaru, namun seperti hanyut diarus masa, movie dalam site ni dah tak updated macam dulu kala. Mungkin admin dia dah pemalas dah kot.Tapi website ni still ok kalau nak dapatkan movie omputih.


2)Tubeplus


Website terbaik dari segi movie yang updated dan kepelbagaian yang ditawarkan. Bukan setakan movie wayang je, siri tv pun ada untuk ditonton dan didownload. Kalau tanya aku,aku download Top Gear je kat sini sebab kat NTV7 dah tak siarkan siri Top Gear dah.


3) Jieazz


Kepada peminat movie, aku pasti dah ramai tahu tentang website ni. Mudah dan ringkas namun terlalu banyak link yang membuatkan aku kadangkala menyampah dengan website ni namun kalau nak movie terbaru,memang ni la port terbaik untuk korang. Bukan setakat cerita omputih je ada, melayu, cina, india, korea, indonesia dan entah berapa banyak movie diorang ada aku pun tak pasti. Yang aku pasti, kalau nak cerita melayu, sini la tempatnya.


4) Syok


Website ni boleh dijadikan alternatif kalau jieazz kena block macam sebelum ni. Isi kandungannya lebih kurang je dengan Jieazz tapi kalau nak download kena la daftar dulu.


5) Jiwang


Kalau dulu kala, ini la website yang paling hangat sebelum wujudnya jieazz and the gang. Namun website ni masih bertahan sehingga sekarang. Bukan setakan movie je, entah apa-apa lagi korang boleh download dari sini.



So setakat ni dulu aku menulis.Kalau ada sapa-sapa kat luar sana yang ada website sama spesis macam ni untuk dikongsi, emel je aku atau komen kat ruangan komen dibawah ni.




Komen La Kalau Berani

3 comments:

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...