Friday, July 27, 2012

Cara Mendengar Radio Internet/Online Streaming Radio Melalui Peranti Mudah Alih (Handphone)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selepas aku berjaya meminjam sekejap Samsung Galaxy Note kawan aku si Alip Putra maka akhirnya aku berjaya jugak buat screen capture untuk step macam mana nak dengar internet radio/online streaming radio menggunakan peranti yang berasaskan Android. Tetapi perlu diingatkan kepada pengguna peranti ini supaya update firmware korang sebelum memulakan langkah yang akan aku tunjuk sebentar lagi.


Dah update firmware korang? Kalau diikutkan memang banyak software yang korang boleh guna untuk mendengar internet radio/online streaming radio ni jadi aku akan tunjukkan salah satu software tersebut. Untuk cara kali ini aku guna TuneIn Radio Free. Korang jangan guna TuneIn Radio Pro pulak sebab nanti korang kena bayar. Aku tunjuk yang free je. Yang bayar aku tak minat. Setakat ni TuneIn Radio telah diuji dan digunakan keatas peranti Blackberry, Samsung, dan IPhone. Dalam cara ini aku tunjukkan contoh radio internet Bapakku.fm.


1) Dalam Android Market/PlayStore korang taip TuneIn dalam ruang search dan pilih TuneIn Radio Free (Latar Belakang Logo Berwarna Putih). Kemudian korang pilih Install


2) Pilih Accept & Download 


3) Apabila dah siap download, korang pilih Open


4) Korang pilih lambang kanta/search


5) Korang taip bapakku. Secara automatik logo Bapakku FM akan keluar. Korang pilih Bapakku FM.


6) Korang klik lambang hati/heart


7) Pilih Add Bapakku FM










So lepas ini korang kalau nak dengar Bapakku FM korang hanya perlu buka aplikasi TuneIn Radio dan pilih Preset. Radio Internet Bapakku FM dah disimpan sebagai preset dan korang boleh mula mendengar radio. Selamat Mencuba!!!

Komen La Kalau Berani

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. tq admin...aku dah dpt dgr bapakku kt tipon aku ni...

    ReplyDelete

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...