Karaoke Di PC/Laptop Korang Sendiri (Episod 3) -Masukkan Lagu-

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Setelah korang berjaya menginstallkan Walaoke dan remove watermark, kini tibalah masa yang kritikal dan paling penting iaitu memasukkan video-video karaoke kedalam playlist dan seterusnya membuat senarai lagu-lagu karaoke. Paling penting sebelum memulakan langkah ini, korang mestilah ada video karaoke. Kalau tiada video karaoke macam mana nak karaoke betul tak? So video karaoke yang korang ada tu korang letakkan nama artis-tajuk lagu contohnya Khalifah - Kata Sombong. Jangan letak tajuk lagu dulu, takut susah nak buat list nanti. Satu lagi, gunakan format video yang lebih kecil dari .DAT yang korang dapat dari VCD karaoke korang tu. Convert dulu kasi kecil untuk menjimatkan ruang dalam hard disk korang. Kalau tak tahu cara nak convert video, sila rujuk sini. Dah siap convert semua? Ikut langkah-langkah ni pula.


1) Buka Walaoke dan klik lambang [+] seperti didalam gambar.


2) Klik Add folder


3) Pilih folder mengikut turutan yang korang susun kemudian klik ok










Mudah bukan? Episod 4 nanti aku akan kisahkan macam mana nak hasilkan senarai lagu karaoke dan membolehkan korang mainkan lagu dengan hanya menekan nombor lagu sahaja. 





Komen La Kalau Berani

Comments