Karaoke Di PC/Laptop Korang Sendiri (Episod 4-Final) -Mencipta Songlist/Senarai Lagu Karaoke-

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kini tibalah step terakhir dalam menjadikan PC/Laptop korang menjadi sebuah deck karaoke yang boleh digunakan sama ada untuk suka-suka di rumah ataupun cari makan sebagai DJ kenduri kendara atau function kat tempat korang. Salah satu ciri yang buat aku tertarik dengan Walaoke ni ialah dia mampu menyenaraikan list lagu-lagu karaoke yang telah disumbat kedalam playlist Walaoke. Inilah caranya nak buat list lagu.


1) Buka Walaoke


2) Klik lambang [ + ] dan pilih save songlist


3) Buka lokasi kat mana korang save songlist tu tadi, klik kanan dan pilih open


4) Pilih open with notepad


5) Korang akan dapat tengok list yang korang buat tu keluar macam ni


6) Tekan Ctrl+A, Klik kanan, Copy


7) Buka Microsoft Word dan paste ke dalam word tu


8) Tekan F5, pilih replace, drag lokasi fail korang dan tinggalkan nama asal fail sahaja. Kemudian masukkan kedalam ruang Find What. Biarkan ruang Replace with kosong. Lepas tu tekan Replace All.


9) Korang juga kena buat benda yang sama keatas extension fle orang seperti .avi, .mpg, .flv dan sebagainya.


10) Buka Microsoft Excel dan taipkan pada kotak pertama sebelah kiri, no 1 dan diikuti dengan no 2 di kotak bawah.


11) Tekan dan tahan kekunci shift, klik kedua-dua kotak 1 dan 2


12) Lepaskan kekunci shift, klik bucu kanan bawah kotak tersebut dan drag mouse korang sehingga mencapai jumlah lagu yang korang dah isi kedalam playlist.


13) Pergi ke Word, select all dan copy semua sekali senarai lagu


14) Buka Excel korang tadi, klik kotak sebelah no 1 dan kemudian paste senarai lagu tersebut


15) Drag kotak paling atas tu kekanan untuk membesarkan kotak sehingga muat semua teks


16) Klik huruf atas sekali dalam table tu dan pilih Home>Borders>All Borders. Buatkan kepada kedua-dua kotak. Korang juga boleh customize segala background, line atau apa-apa sahaja yang korang nak. Dah siap terus print dan terhasillah list korang. Bila time karaoke, korang cuma perlu double click di window video walaoke dan terus taipkan nombor lagu dan tekan enter. Mudah bukan?




Kini semuanya telah lengkap. Download dan install Walaoke, masukkan lagu dan buat list lagu. Kepada yang kurang faham dan masih samar-samar, hubungi aku melalui facebook. Klik je tab facebook diatas dan korang jumpa la facebook aku. Kepada yang dah faham tunggu apa lagi? Jom karaoke!!!





Komen La Kalau Berani

Comments

  1. thanks bro .. kurang faham .. tapi akan di bace blik

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau biasa guna excel pasti mudah. sebab step ni dibuat satu per satu bagi mengelakkan orang keliru.

      Delete
  2. nk tnye, walaoke ni boleh play smua jenis video n music ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hampir semua format. Kebanyakan format boleh dimainkan menggunakan walaoke termasuk avi, flv, dat, mpg, dan pelbagai lagi.

      Delete
  3. berikut adalah format yang boleh dimainkan oleh walaoke (dipetik dari www.walaoke.com)

    - Play AVI, MKV, DAT, VOB, MPG, FLV, WMV and any format that has directshow codecs.
    - Play MP3+CDG, MP3+LRC, and MP3+XMLfiles.
    - Can play any of the following format with LRC file. AVI, MKV, DAT, VOB, MPG, FLV, WMV.

    ReplyDelete

Post a Comment