Friday, June 8, 2012

Jalan-Jalan Cari Shopping Complex (1Segamat)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Selama ni Segamat dikenali dengan syurga kain pasang dan pakaian. Sebut je Jakel dan Rejinah, semua dah terbayang kain pasang yang bergulung-gulung dan pakaian yang bersusun menanti untuk dibeli. Tetapi persepsi itu cuba diubah dengan terbinanya sebuah shopping complex di kawasan stesyen bas dan teksi Segamat yang dinamakan 1Segamat atau One Segamat.


Aku memang dah lama tunggu tempat ni siap. Bermula dari iklan ditepi-tepi jalan sekitar Segamat aku dah teruja nak tengok macam mana rupanya 1Segamat ni. Kalau dari iklan tu nampak macam best. So setelah 1Segamat dibuka, aku pun kesana dengan harapan yang ianya memberi gambaran kepada aku seperti mana yang aku bayangkan.


Kalau nak cerita bab kedai yang ada, kira ok la bagi aku. Kedai-kedai seperti Mr DIY, Big Apple, dan UO Superstore memang dinantikan oleh warga Segamat memandangkan sebelum ini ia tiada di Segamat. Melalui maklumat yang aku perolehi dari kaunter informasi, setiap bulan diadakan function disini dan berkemungkinan 1Segamat akan menjadi pusat tumpuan selepas ni kerana pelbagai aktiviti telah disusun khas untuk para pengunjung disini.


Selain dari itu, di penghujung lot-lot kedai terdapat taman permainan untuk kanak-kanak dan child buggy berbentuk binatang dan kereta. Keretapi mainan pun ada disediakan untuk golongan cilik menghabiskan masa mereka disana sementara ibu bapa membeli belah. Walaupun belum dibuka sepenuhnya, aku tengok ramai je orang yang berkunjung kesini. Mungkin semua orang pun teruja untuk berkunjung kesini.


Wayang LFS (Lotus Five Star) menjadi antara tarikan utama disini. Tapi sayang sekali tiada bowling dan snooker disini. Puas aku pusing-pusing mencari kot-kot ada namun hasilnya mengecewakan. Alangkah baiknya jika pusat bowling dan snooker diwujudkan disini. Confirm lagi ramai turun ke 1Segamat.


Lokasi strategik 1Segamat yang terletak bersebelahan dengan stesyen bas dan teksi Segamat menjadikan ia senang untuk dikunjungi. Kawasan parking bertingkat juga memudahkan pengunjung yang membawa kenderaan sendiri untuk meletak kenderaan mereka. Tapi semasa aku nak parking, aku perhatikan mesin parking berbayar sudah wujud namun belum beroperasi lagi. Mungkinkah selepas ini parking disini berbayar tu aku tak pasti. Kita tunggu dan lihat sahaja.


Secara keseluruhannya, aku rasakan kewujudan 1Segamat adalah tepat pada masanya memandangkan tumpuan orang ramai sudah beralih kepada Segamat Baru dan Segamat 2 disebabkan tiada apa lagi yang membuatkan orang ramai ke Bandar Segamat. Yang ada disana hanyalah stesyen bas dan teksi tetapi dengan adanya 1Segamat, tumpuan kini sudah beralih semula ke sana dan sekurang-kurangnya warga Segamat boleh berbangga dengan 1Segamat, Shopping Complex yang happening untuk mereka.


kawasan parking depan 1segamat

lif papan lapis.kau ada?

big apple.nyum nyum

ruang di ground floor

pintu depan 1segamat

atm pun ada

mini train untuk kanak-kanak

taman soft play.mak bapak tak boleh masuk

mini buggy

akhirnya ada juga mr diy kat segamat

wayang LFS

kedai peralatan magik.siapa nak belajar magik datanglah ke sini




Komen La Kalau Berani

No comments:

Post a Comment

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...