Friday, June 1, 2012

Jalan-Jalan Cari Pasar Malam (Bandar Tun Razak)

assalamualaikum dan salam sejahtera


Dulu-dulu masa aku sekolah menengah, aku merupakan salah seorang yang bekerja selepas waktu sekolah. Maklum la nak cari duit lebih.  Masa tu ayah aku pun kerja tak menentu. Biasalah tukang potong rumput, ikut sub-kontrak la jawabnya. Kalau ada sub-kontrak (biasanya disebut 'sapkon') adalah duit. Kalau tak, tak ada duit belanja sekolah la kami adik beradik.


So dulu lepas habis kelas aku bekerja sebagai peniaga pasar malam. Setakat tolong-tolong je, bukan tauke pun. Kalau di Kuantan tu aku memang tahu pada sitiap hari dimanakah kedudukan pasar malam namun disebabkan aku dah menetap di kawasan Muadzam Shah, maka aku kena cari jalan nak cari pasar malam disini pula. Bukan untuk berniaga tetapi untuk berjalan-jalan dan membeli barang dapur. So pada hari ahad aku akan memilih untuk pergi ke pasar malam berhampiran.


Aku baru sedar kewujudan pasar malam ni walaupun sudah dua tahun aku menetap di kawasan sekitarnya. Selama ini aku sangkakan hanya Muadzam shah sahaja yang ada pasar malam, rupanya bandar Tun Razak pun ada. Secara kasarnya pasar malam ni agak kecil jika dibandingkan dengan Muadzam Shah tetapi untuk hari ahad, inilah salah satu pasar malam yang korang boleh kunjungi. Ianya terletak di kawasan berhampiran dengan padang bola, pasar pagi Bandar Tun Razak dan deretan kedai-kedai disana.


Walaupun kecil namun bagi aku ianya memuaskan. ini disebabkan susunan peniaga di pasar malam ini adalah jenis berkumpul dan tidak seperti Muadzam Shah dimana ianya disusun sepanjang jalan. Kaki pun tak letih berjalan kalau disusun berkumpul. Pasar malam ni dibuka dari jam 5 petang sehingga 10 malam. Aku berjalan-jalan ke pasar malam ni pada waktu siang sahaja sebab malam nak tidur awal dan isnin kerja. 


suasana pasar malam di waktu petang

peniaga air menjual air
kucing mainan bermain-main

pakcik jual ubat kuat

peniaga satay terkejut satay beliau berasap

peniaga potato spring

peniaga taufu fah

peniaga kaya ball

No comments:

Post a Comment

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...