Monday, June 4, 2012

Jalan-Jalan Cari Kedai Makan (Tanjung Lumpur)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selepas penat berjalan di sekitar Kuantan dan terasa perut kebuluran, maka aku telah berpusing-pusing kepala memikirkan kemana nak makan malam ni. Terlintas di fikiran nak makan di Teluk Cempedak tapi dah tau mesti makan McDonald je yang best pun sedangkan perut mintak nasi. Maka aku buat keputusan untuk makan di Restoran Ana Ikan Bakar Peta, Tanjung Lumpur.


Masa aku menetap kat kuantan dulu, hampir setiap kali gaji aku datang makan disini. mana tidaknya, korang tengok sendiri ikan-ikan yang segar apabila dibakar atau dimasak tiga rasa memang mantap. Kalau rasa modal besar, siakap 3 rasa dan jenahak bakar petai la jadi santapan. Siap dengan lala masak stim dan sotong goreng tepung. Sotong yang terdapat di kedai ni dah macam stokin dia punya saiz. Memang besar dan memuaskan hati. kalau modal tak berapa besar, korang makan ikan pari je dah memadai sebab ikan mari merupakan ikan termurah dan mampu milik disini.


Selain ikan bakar, minuman di kedai ni pun menjadi faktor utama kenapa aku pilih kedai ni. Pekat dan terasa dari hujung lidah sampai perut. memang sehingga hari ini minuman kedai ni terbaik didalam kelasnya. Satu lagi mereka menjual air gelas besar tapi bagi aku harganya berpatutan. lebih seronok melayan air gelas besar dari dua gelas biasa walaupun sama kuantiti air tersebut. Air masak pula boleh didapati secara percuma namun syaratnya korang kena ambil sendiri. Tak kisah la janji air masak free tak macam sesetengah kedai yang cas air sampai 50sen segelas untuk air masak.


Kalau korang baru pertama kali nak jejak kedai ni, aku cadangkan korang cuba makan di tingkat atas kedai ni. bukan tinggi sangat pun tapi berbeza sikit dari makan di tingkat bawah. bagi aku boleh tahan la makan kat tingkat atas. Yang tak tahan ialah korang kena makan duduk bersila atas lantai. Barangsiapa yang kaki cepat kebas tu elok makan kat tingkat bawah je.


Jadi tidak hairanlah mengapa kedai-kedai makan berhampiran memang sukar dikunjungi. Siap promosi sampai ke tengah jalan lagi meminta agar orang yang lalu lalang datang berkunjung ke kedai mereka. Kedai ini juga mempunyai 2 cawangan lain tetapi didalam kawasan Tanjung Lumpur juga. Hanya kedai ini sahaja yang mempunyai 2 tingkat. Yang lain setingkat sahaja. Apa yang penting, kalau korang dah jejak kaki ke Kuantan dan terasa nak makan ikan bakar maka inilah tempatnya. Kedai ni dibuka seawal jam 7 malam dan ditutup pada jam 12 tengah malam.


Restoran Ana Ikan Bakar Petai Dua Tingkat

Kawasan kejiranan Ana Ikan Bakar petai

Antara hasil laut yang menunggu untuk disajikan

Ruang makan tingkat bawah. Memang luas
Bahagian membakar ikan

Kerabu mangga dan keropok goreng turut dijual disini

Ruang penyediaan minuman

Tong air masak

No comments:

Post a Comment

Cuba Baca Yang Ini Pula

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...